Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala AFF Mitsubishi Electric: Thailand kalahkan Filipina 4-0; Indonesia tumpaskan Brunei 7-0

Anggaran Waktu Membaca:
Piala AFF Mitsubishi Electric: Thailand kalahkan Filipina 4-0; Indonesia tumpaskan Brunei 7-0

Pemain pasukan Thailand dan Filipina berentap di Stadium Thammasat, Pathum Thani pada 26 Disember 2022. (Gambar: Piala Mitsubishi Electric AFF)

KUALA LUMPUR: Indonesia mencatat kemenangan terbesarnya dalam Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 apabila mereka menewaskan Brunei 7-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan A mereka di Stadium Kuala Lumpur di Cheras pada Isnin malam (26 Dis). 

Indonesia mendahalui 2-0 dalam separuh pertama, dengan jaringan gol pada minit ke-20 oleh Syahrian Abimanyu dan Dendy Sulistyawan pada minit ke-41. 

Pasukan yang dilatih oleh Shin Tae Yong itu, kemudian menambah lima gol hasil lima pemain berbeza sewaktu separuh kedua - Egy maulana yang menjaringkan gol pada minit ke-59, Ilija Spasojevic pada minit ke-60, Ramadhan Sananta pada minit ke-68, Mark Klok pada yang ke-86 dan Yakob Sayuri pada waktu kecederaan. 

Indonesia kini meraih enam mata, sama dengan ketua Kumpulan A dan juara enam kali Thailand, yang menundukkan Filipina 4-0 di Stadium Thammasat, Pathum Thani pada Isnin malam. 

Thailand menguasai rentak permainan sejak awal perlawanan, hasil tandukan pemain penyerang veteran Teerasil Dangda daripada tendangan bebas pada minit ketiga.

Teerasil kemudian menjaringkan satu lagi gol menerusi tendangan penalti.

Dua gol pada separuh masa kedua jaringan Adisak Kraisorn dan Suphanan Bureerat, menjamin kemenangan pasukan juara bertahan itu.

Thailand akan berentap dalam saingan kumpulan seterusnya dengan Indonesia pada lusa. 

Sumber : CNA/Bernama/ZM/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan