Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala AFF Mitsubishi Electric: SG tumpaskan Laos 2-0

Anggaran Waktu Membaca:
Piala AFF Mitsubishi Electric: SG tumpaskan Laos 2-0

(Gambar: SPORTFIVE/AFF Mitsubishi Electric Cup)

SINGAPURA: Singapura mencatat kemenangan 2-0 ke atas Laos dalam perlawanan di padang lawan.

Dalam pertarungan pada Selasa (27 Dis), Irfan Fandi menjaringkan gol pertama Singapura pada minit ke-32 melalui satu tandukan dalam petak penalti.

Gol kedua pasukan Singa dijaringkan dalam masa tambahan oleh penyerang Shawal Anuar yang memanfaatkan kesilapan penjaga gawang Laos.

Ini adalah kemenangan kedua Singapura dalam Kumpulan B menyusuli kemenangan 3-2 ke atas Myanmar yang dicatat pasukan Singa pada Sabtu lalu (24 Dis) di Stadium Jalan Besar.

Pasukan Singa di tangga kedua di belakang Malaysia dengan kutipan mata yang sama.

Malaysia sedang berdepan dengan Vietnam di Hanoi dalam perlawanan lain yang juga berlangsung pada Selasa.

Singapura akan menentang Vietnam pada Jumaat (30 Dis).

Anda boleh menyaksikan semua perlawanan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 menerusi meWatch.
Sumber : CNA/RU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan