Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala AFF Mitsubishi Electric: SG seri 0-0 dengan Vietnam

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pertunjukan berdisiplin pasukan bola sepak Singapura menyaksikan mereka seri 0-0 dengan pasukan Vietnam dalam perlawanan peringkat kumpulan ketiganya di Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Mitsubishi Electric pada Jumaat (30 Dis). 

Di Stadium Jalan Besar, skuad negara di bawah bimbingan Takayuki Nishigaya berpotensi meraih mata berharga yang memberikan mereka peluang untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir menjelang perlawanan kumpulan terakhir mereka menentang Malaysia. 

Kedua-dua pasukan beraksi pada Jumaat tanpa sebarang kekalahan, dengan Singapura menewaskan Myanmar 3-2 dan Laos 2-0. Vietnam pula membelasah Laos 6-0 dan menundukkan Malaysia 3-0. 

Tempoh 45 minit pertama perlawanan menyaksikan Vietnam menguasai bola, tetapi tidak menjaringkan sebarang gol. Singapura pula bergelut mencari kesempatan untuk menyerang. 

Keputusan pada Jumaat malam bermakna Vietnam kekal di tempat pertama kumpulan dengan kutipan tujuh mata, mendahului Singapura dengan perbezaan gol. 

Skuad Singa kini perlu elak ditumpaskan pasukan Malaysia di Stadium Bukit Jalal dalam perlawanan peringkat kumpulan terakhir mereka pada 3 Januari untuk mara ke peringkat separuh akhir.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan