Skip to main content

Sukan

Piala AFF Mitsubishi Electric: SG kalahkan Myanmar 3-2 di Stadium Jalan Besar

Anggaran Waktu Membaca:
Piala AFF Mitsubishi Electric: SG kalahkan Myanmar 3-2 di Stadium Jalan Besar

(Gambar: Tangkapan skrin video AFF Mitsubishi Electric Cup/Facebook)

SINGAPURA: Pasukan tuan rumah Singapura mencatatkan permulaan yang baik dalam perlawanan pembukaan Piala AFF Mitsubishi Electric, menumpaskan Myanmar 3-2 di Stadium Jalan Besar pada Sabtu (24 Dis). 

Harapan Myanmar untuk mara ke peringkat separuh akhir semakin pudar selepas mengalami kekalahan berturut-turut. 

Ilhan Fandi dan Shah Shahiran yang membuat penampilan sulung dalam kejohanan tersebut, masing-masing menjaringkan satu gol. 

Prestasi mereka berdua merangsang pasukan Singapura untuk bangkit semula selepas Myanmar mendahului permainan. 

Perlawanan terikat 2-2 selepas Myanmar menyamakan kedudukan pada minit ke-66 menyusuli kesilapan Ryhan Stewart.

Shawal Anwar bagaimanapun menjaringkan gol kemenangan Singapura pada minit ke-74. 

Singapura bakal berentap dengan Laos dalam perlawanan seterusnya.

Laos kemudian akan berdepan dengan Myanmar. 

Untuk terus kekal dalam pertandingan ini, Myanmar perlu mencatatkan kemenangan dalam perlawanan seterusnya. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita