Piala AFF Mitsubishi Electric: Indonesia terikat 1-1 dengan Thailand; Kemboja benam Brunei 4-1
Anggaran Waktu Membaca:

Perlawanan di antara Indonesia dan Thailand berakhir dengan keputusan seri 1-1. (Gambar: SPORTFIVE/AFF Mitsubishi Electric Cup)
PHNOM PENH: Dua perlawanan bagi Kumpulan A Piala AFF Mitsubishi Electric baru saja selesai pada Khamis (29 Dis).
Di Phnom Penh, Kemboja menewaskan Brunei 4-1.
Satu lagi perlawanan melibatkan Thailand dengan Indonesia.
Perlawanan yang melibatkan dua pasukan teratas Kumpulan A itu berakhir dengan keputusan seri 1-1.
Indonesia terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit 50 hasil tendangan penalti Marc Klok.
Keadaan menjadi bertambah runcing untuk Thailand apabila pemainnya dilayangkan kad merah pada minit ke 62.
Walaupun tinggal hanya 10 pemain, Thailand berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 79 hasil jaringan S. Yooyen.
Kemboja bakal menentang Thailand dalam pusingan terakhir bagi perlawanan Kumpulan A pada 2 Januari. Jika kemenangan berpihak kepada pasukan Kemboja bagi perlawanan tersebut, ia sekali gus akan menyaksikan pasukan tersebut untuk mara ke pusingan seterusnya buat julung-julung kalinya.
Sementara itu, Indonesia bakal berdepan dengan Filipina dalam perlawanan seterusnya, yang mana pasukan Filipina tidak lagi mempunyai harapan untuk mara ke pusingan seterusnya susuli keputusan bagi perlawanan pada Khamis.
Anda boleh menyaksikan semua perlawanan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 menerusi meWatch.

Sumber : CNA/IQ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.