Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala AFF: M'sia benam Laos 4-0

Malaysia meneruskan langkah positif dalam saingan Piala AFF 2020 dengan mencatatkan dua kemenangan berturut-turut selepas menewaskan Laos 4-0 dalam aksi Kumpulan B.

Anggaran Waktu Membaca:
Piala AFF: M'sia benam Laos 4-0

(Gambar: Instagram/famalaysia)

Diterbitkan : 09 Dec 2021 09:45PM Dikemas Kini : 09 Dec 2021 09:46PM

KUALA LUMPUR: Malaysia meneruskan langkah positif dalam saingan Piala AFF 2020 dengan mencatatkan dua kemenangan berturut-turut selepas menewaskan Laos 4-0 dalam aksi Kumpulan B.

Pemain sayap, Safawi Rasid muncul sebagai pemain paling menyerlah dengan meledak hatrik sekali gus bergelar penjaring terbanyak di kejohanan buat masa ini.

Skuad Harimau Malaya membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh selepas Safawi menyudahkan hantaran cantik daripada Arif Aiman selepas pemain sayap itu mengatasi pertahanan di bahagian kiri pasukan lawan.

Safawi kemudian sekali lagi membuktikan ketajamannya di depan gawang gol apabila menjaringkan gol kedua menerusi tandukan daripada sepakan penjuru pada minit ke-34.

Meskipun menguasai hampir keseluruhan permainan, hanya pada minit ke-78 skuad Harimau Malaya dapat menggegar gawang Laos buat kali ketiga.

Kali ini, tunggak pertahanan, Shahrul Saad pula mencetak nama sebagai penjaring selepas menyudahkan hantaran lolos cantik daripada Baddrol Bakhtiar.

Dua minit kemudian, Safawi menambah derita pasukan lawan apabila meledak hatrik pada minit ke-80, sekali gus merupakan gol keempat pasukan.

Kemasukan beberapa pemain muda termasuk penyerang, Luqman Hakim Shamsuddin dan Arif Aiman dilihat mengubah corak permainan Malaysia yang dilihat bergerak lebih pantas.

Meskipun Laos beberapa kali berjaya mengekang asakan skuad negara dengan membentuk benteng pertahanan melibatkan tujuh ke lapan pemain namun di penghujung permainan, disiplin pertahanan mereka dilihat mula goyah.

Kesempatan itu diambil pemain negara dengan beberapa hantaran lolos berjaya memecahkan benteng pasukan lawan dan hasilnya, dua lagi gol terhasil di penghujung permainan.

Pasukan Harimau Malaya akan bertemu Vietnam dalam perlawanan seterusnya. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan