Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pesilat negara Muhammad Iqbal raih pingat emas pertama S'pura bagi Sukan SEA ke-31

Anggaran Waktu Membaca:
Pesilat negara Muhammad Iqbal raih pingat emas pertama S'pura bagi Sukan SEA ke-31

Gambar: SportSG/Andy Chua

Diterbitkan : 11 May 2022 01:11PM Dikemas Kini : 11 May 2022 01:50PM

HANOI: Selepas bertanding sebanyak lima kali dalam temasya sukan SEA, pesilat negara Muhammad Iqbal Abdul Rahman akhirnya berjaya menggenggam pingat emas pada Rabu (11 Mei) selepas beliau menang dalam acara seni tunggal lelaki peringkat akhir di Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam.

Pesilat berusia 28 tahun itu berjaya menewaskan lawannya dari Thailand, Ilyas Sadara.

Ini bukan sahaja pingat emas sulung Iqbal tetapi juga pingat emas pertama bagi pasukan Singapura dalam edisi sukan SEA kali ini.

Sebelum kemenangan Iqbal, Singapura sudahpun merangkul dua pingat perak dan tiga pingat gangsa. Dua daripada pingat gangsa tersebut diraih oleh pasukan silat Singapura pada Selasa.

Prestasi terbaik yang dipamerkan Iqbal dalam temasya sukan serantau itu sebelum ini adalah pada edisi 2019 di Filipina di mana beliau membawa pulang pingat perak. Iqbal memenangi gangsa pada 2015.

Iqbal juga sudah menggondol empat pingat emas dalam Kejohanan Asia.

Ikuti liputan Sukan SEA ke-31 di Vietnam secara langsung di meWatch atau ikuti sorotannya di saluran YouTube Mediacorp Entertainment.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan