Skip to main content

Sukan

Pesawat Sala tidak ada lesen komersil: Penyiasat

Pesawat membawa pemain bola sepak Emiliano Sala yang terhempas di Selat Inggeris bulan lalu tidak mempunyai lesen komersil, menurut para penyiasat Britain pada Isnin (25 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Pesawat Sala tidak ada lesen komersil: Penyiasat

Para peminat memberi penghormatan terakhir kepada pemain bola sepak kesayangan mereka. (Gambar fail: Stephane Mahe/Reuters)

Diterbitkan : 26 Feb 2019 05:19PM Dikemas Kini : 26 Feb 2019 05:22PM

LONDON: Pesawat membawa pemain bola sepak Emiliano Sala yang terhempas di Selat Inggeris bulan lalu tidak mempunyai lesen komersil, menurut para penyiasat Britain pada Isnin (25 Feb).

Bagaimanapun Cawangan Siasatan Kemalangan Udara Britain (AAIB) menyatakan bahawa ia mungkin dibenarkan sebagai penerbangan "swasta" dengan kosnya dikongsi antara juruterbang dengan penumpang.

"Bagaimana penumpang dibenarkan menaiki pesawat N264DB belum lagi disahkan tetapi sebelum ini, juruterbang tersebut membawa para penumpang atas dasar perkongsian kos," menurut AAIB dalam satu laporan awal.

Juruterbang Encik David Ibbotson, 59 tahun menerbangkan pesawat yang membawa pemain bola sepak dari Argentina, Sala. Beliau dalam perjalanan untuk menyertai Kelab Liga Perdana barunya Cardiff City setelah berpindah daripada pasukan Nantes di Perancis pada 21 Jan apabila nahas itu berlaku.

Ejen bola sepak Encik Mark Mckay mempunyai mandat dari Nantes untuk merunding pemindahan kontrak profesional antara kedua-dua kelab itu.

Menurut Nantes, mandat itu sudah sampai tarikh luputnya apabila Sala menaiki pesawat itu kerana beliau sudah menandatangani kontrak bersama Cardfiff City.

Bercakap kepada akhbar The Times, bapa Encik Mark Mckay, Encik Willie Mckay berkata anak lelakinya mengaturkan penerbangan itu seperti yang dilakukannya bagi penerbangan lain pada minggu-minggu sebelumnya.

Pesawat jenis Piper PA-46 Malibu buatan tahun 1984 itu didaftar di Amerika Syarikat, menurut laporan itu.

Menurut para penyiasat, oleh kerana buku log dan lesen juruterbang itu tidak dijumpai, mereka tidak dapat mengesahkan sama ada Ibbotson mempunyai kebenaran untuk menerbangkan pesawat itu pada waktu malam.

Mayat Sala ditemui dalam bangkai pesawat itu, manakala mayat Encik Ibbotson masih belum ditemui. Bagaimanapun keluarganya berharap bahawa satu kempen mengumpul dana awam akan dapat membiayai pencarian di dasar laut. 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita