Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pertubuhan teknologi sukan Madrid buka HQ serantau pertama di Singapura

Pihak berkuasa sedang berusaha merancakkan arena teknologi sukan tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 07 Dec 2021 09:21PM Dikemas Kini : 07 Dec 2021 11:26PM

SINGAPURA: Pihak berkuasa sedang berusaha merancakkan arena teknologi sukan tempatan.

Ini dilakukan dengan menggalakkan pertubuhan-pertubuhan sukan antarabangsa untuk beroperasi di sini.

Pertukaran data juga dimulakan untuk membantu syarikat-syarikat memanfaatkan data raya.

Sport Singapore menyatakan demikian semasa pelancaran ibu pejabat serantau di Singapura sebuah pertubuhan teknologi sukan yang berpangkalan di Madrid.

Ibu Pejabat Asia Pasifik Pusat Inovasi Sukan Global dilancarkan dengan bantuan Sport SG dan berharap untuk menarik 300 anggota.

Ia bertujuan membantu syarikat-syarikat membangunkan huraian berasaskan teknologi dengan rangkaian 450 anggota sedunia.

Sport SG pula menyatakan akan mendorong pendigitalan syarikat-syarikat menerusi pelbagai inisiatif. Umpamanya, memanfaatkan data raya untuk membina strategi perniagaan. Ia dijangka dilancarkan awal tahun depan.

Sumber : CNA/ZM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan