Pertembungan hebat Djokovic, Nadal dalam Terbuka Perancis
Novak Djokovic bakal membuat pertembungan 'blockbuster' dengan Rafael Nadal pada aksi final Terbuka Perancis, esok.
Pemain tenis Serbia Novak Djokovic. (Gambar: AFP)
PARIS: Novak Djokovic bakal membuat pertembungan 'blockbuster' dengan Rafael Nadal pada aksi final Terbuka Perancis, esok (11 Okt).
Pemain nombor satu dunia Djokovic yang juga juara 2016 di Roland Garros mara ke final selepas mengatasi pemain Greece, Stefano Tsitsipas 6-3, 6-2, 5-7, 4-6, 6-1 dalam aksi separuh akhir yang berlangsung lima set, awal pagi tadi.
Nadal, juara sebanyak 12 kali yang juga pemain nombor dua dunia mara selepas mengatasi Diego Schwartzman 6-3, 6-3, 7-6 sekali gus melangkah buat kali ke-13 ke final kejohanan berprestij itu.
Pada Ahad, Djokovic berpeluang untuk merakam gelaran Grand Slam ke-18 dan menjadi pemain lelaki pertama dalam tempoh setengah abad yang memenangi semua empat kejuaraan Grand Slam sebanyak dua kali.
Nadal pula bersaing dengan misi untuk menyamai rekod sepanjang zaman Roger Federer yang memenangi 20 kejuaraan Grand Slam.
Djokovic ialah salah seorang daripada hanya dua pemain yang berjaya menewaskan Nadal di Rolland Garros dalam tempoh 15 tahun.
Ia akan menjadi pertembungan kali ke-56 buat kedua-dua pemain berkenaan.
"Ini adalah rumah Rafa. Saya mempunyai dorongan yang tinggi untuk menang.
"Saya menewaskannya di sini pada 2015 tetapi kali ini akan menjadi cabaran terbesar - bermain menentang Nadal di gelanggang tanah liat," kata Djokovic.
Sementara itu, kemenangan Nadal, 34, ke atas Schwartzman adalah yang ke-99 di Roland Garros.
Dia kini sudah 28 kali mara ke final kejohanan utama dan tidak tewas satu set pun dalam kejohanan tahun ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.