Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pertama kali 200 penonton dibenar turun padang saksikan perlawanan SPL

Buat pertama kalinya sejak bulan Mac, perlawanan bola sepak Liga Perdana Singapura (SPL) dihadiri penonton secara fizikal hari ini (5 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Buat pertama kalinya sejak bulan Mac, perlawanan bola sepak Liga Perdana Singapura (SPL) dihadiri penonton secara fizikal hari ini (5 Dis).

Sehingga 200 penonton dibenarkan masuk ke stadium dalam satu ujian perintis, di mana mereka perlu menjalani ujian pantas antigen (ART).

LIGA PERDANA S'PURA SELANGKAH DALAM NORMA BARU

Sejak permulaan ‘Circuit Breaker’ lagi, musim Liga Perdana Singapura (SPL) sudah melaksanakan pelbagai penyesuaian.

Daripada liga digantung buat tujuh bulan dan perlawanan yang dimainkan tanpa kehadiran penonton, sehinggalah kepada terpaksa mengurangkan jumlah perlawanan buat musim ini.

Ia melalui satu lagi perubahan ke arah norma baru, hari ini (5 Dis).

Dalam satu ujian perintis, sehingga 200 peminat dibenarkan menonton perlawanan penutup musim antara pasukan Tampines Rovers dan Geylang International FC di Hab Tampines Kita.

PROSES MENJALANI UJIAN PANTAS ANTIGEN SEBELUM PERLAWANAN

Sebagai sebahagian daripada ujian perintis itu, kesemua penonton dikehendaki menjalani ujian pantas antigen (ART) sebelum memasuki stadium.

Selepas mendaftarkan diri dan menjalani ujian, para penyokong akan dibawa ke kawasan menunggu.

Setiap ujian akan mengambil sekitar 20 minit untuk diproses.

Sekiranya hasil ujian mereka negatif, mereka akan diberikan tag gelang tangan sebagai pengesahan untuk masuk ke stadium.

Setiausaha Am Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Encik Yazeen Buhari berkata: "Saya rasa ada tahap keyakinannya selepas hari ini, dengan semua langkah berjaga-jaga yang dilaksanakan dan tiada kes positif terutama sekali daripada ujian-ujian hari ini. Saya rasa ia meletakkan kita dalam kedudukan baik menjelang musim tahun depan dengan aturan yang serupa."

AMAT DIALU-ALUKAN PARA PENYOKONG

Semestinya, ramai penonton yang mengalu-alukan langkah itu, meskipun di akhir musim liga. Penyokong pasukan Tampines Rovers, Cik Suriani berkata: Saya rasa gembira hari ini akhirnya dapat kembali ke stadium. Dari segi proses ujian, sangat lancar dan ikut aturan masa, teratur dan semua berjalan lancar. Baik sekali!"

Encik Rusyaidi, yang juga penyokong pasukan Tampines Rovers pula menambah bahawa dia "teruja dan gembira" dapat kembali ke stadium bersama penyokong-penyokong Tampines.

Dia bagaimanapun jujur mengatakan bahawa agak "mencabar untuk saya sebab ada ujian swab".

Tiga lagi perlawanan pusingan akhir musim diadakan secara serentak.

Pasukan Albirex Niigata pada akhirnya menjadi juara bagi musim SPL tahun ini selepas mengalahkan pasukan Hougang United FC 1-0 di Stadium Jalan Besar.

Tampines Rovers mengakhiri musim di tangga kedua liga, selepas seri 1-1 menentang Geylang International FC.  

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan