Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

PERSISI dapat ikrar tajaan hingga S$1 juta dari pasar raya Our Boss SG

Sebagai membalas sokongan pasar raya tersebut, PERSISI pula akan membantu memasarkan produk-produk Our Boss SG kepada para anggota persekutuan itu dan orang ramai.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Para pesilat remaja Singapura dijangka mendapat lebih banyak peluang untuk berlatih dan bertanding di luar negara.

Ini hasil ikrar sokongan dana berjumlah sehingga S$1 juta dalam tempoh 10 tahun ini, dari pasar raya tempatan, Our Boss SG Pte Ltd.

Demikian menurut Persekutuan Silat Singapura (PERSISI) yang memeterai satu Memorandum Persefahaman (MOU) dengan syarikat tersebut pada malam Rabu (12 Ogos) demi merasmikan kerjasama itu.

Menerusi MOU itu, sebahagian daripada hasil penjualan pasar raya itu akan disalurkan kepada program pembangunan belia PERSISI.

Ini bermakna badan silat negara itu akan mempunyai sumber lebih besar untuk kegiatannya.

Jadi, jika lazimnya para pesilat remaja nasional hanya berpeluang ke luar negara untuk berlatih ataupun bertanding sekitar tiga kali dalam setahun, kini mereka boleh menjangkakan lebih banyak lagi peluang sedemikian.

Sumbangan itu cukup menarik memandangkan pemilik pasar raya itu, Encik Rizal Rasudin sebenarnya tiada apa-apa ikatan dengan dunia silat tetapi terdorong untuk menyokong seni warisan Melayu itu.

"Kami berharap dapat beri perangsang kepada para atlit tanah air kita dengan secara tidak langsung semoga sumbangan kami ini dapat sedikit sebanyak membantu aktiviti ahli Persekutuan Silat Singapura," Encik Rizal.

Buat masa ini, PERSISI mempunyai sekitar 200 pesilat remaja di bawah naungannya.

Ketua Pegawai Eksekutif PERSISI Sheik Alau'ddin Yacoob Marican akur, bantuan korporat ini akan memperkukuh lagi kewangannya.

"Sebenarnya sasaran kita adalah $100,000 (setahun) dan kita melihat dalam 10 tahun supaya ini dapat memberikan kita secara mantap yang kita ada kewangan ini dapat membantu perkembangan pencak silat di Singapura.

"Dengan kewangan ini, ia dapat membantu apa yang kita telah mendapatkan peruntukan daripada Sports SG dan ini khusus kepada remaja-remaja anak silat kita di dalam pasukan negara," kata Sheik Alau'ddin.

Sebagai membalas sokongan pasar raya tersebut, PERSISI pula akan membantu memasarkan produk-produk Our Boss SG kepada para anggota persekutuan itu dan orang ramai. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan