Persatuan, pegawai sukan ASEAN bincang bidaan jadi tuan rumah Piala Dunia 2034

(Gambar: Kirill Kudryavtsev/AFP)
JAKARTA: Para pegawai sukan ASEAN sudahpun mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan utama serantau yang terlibat dengan bola sepak mengenai proses penyerahan bidaan bersama pada 2026 untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034.
Para ahli kumpulan kerja teknikal turut membincangkan keperluan umum, garis masa dan peranan setiap negara anggota untuk kejohanan yang akan diadakan selama sebulan itu.
Mesyuarat untuk bidaan itu diadakan secara maya pada Rabu (22 Mac) dan dipengerusikan oleh pengerusi Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN mengenai Sukan, Dr Niwat Limsuknirun.
Menurut Sekretariat ASEAN, bidaan untuk menjadi tuan rumah kejohanan itu kali pertama dicadangkan oleh menteri-menteri luar rantau itu pada sesi retreat 2011 di Lombok, Indonesia.
Semasa sidang puncak serantau 2019 di Bangkok, Thailand, para pemimpin ASEAN kemudian mengalu-alukan hasrat bersama rantau itu untuk membida menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA.
Para pemimpin menyokong usaha persatuan bola sepak negara-negara anggota dan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) untuk merealisasikan matlamat tersebut.
Sebagai tindak balas kepada kenyataan pemimpin itu, AFF turut menyatakan sokongannya terhadap inisiatif tersebut pada Jun 2019.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.