Skip to main content

Sukan

Persatuan Bola Sepak Malaysia pertimbang lokasi alternatif bagi piala AFF 2022

Anggaran Waktu Membaca:
Persatuan Bola Sepak Malaysia pertimbang lokasi alternatif bagi piala AFF 2022

Stadium Bukit Jalil di Kuala Lumpur, Malaysia. (Gambar: AFP /Tengku Bahar)

Diterbitkan : 22 Oct 2022 04:30PM
SUBANG JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang mempertimbangkan beberapa lokasi alternatif selain Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), untuk digunakan semasa saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022.

Setiausaha Agung FAM Noor Azman Rahman berkata perkara tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat badan induk itu Selasa depan (25 Okt).

"Mungkin SNBJ kita akan gunakan...tapi apa pun kita akan muktamadkan dengan pihak pengurusan," katanya kepada wartawan semasa program klinik bola sepak Piala AFF 2022, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab persoalan berhubung penggunaan SNBJ yang dikatakan turut menganjurkan beberapa acara lain sepanjang tempoh Piala AFF berlangsung dari 20 Disember ini sehingga 16 Januari tahun depan.

Mengikut jadual awal, Malaysia dijangka menjadi tuan rumah bagi aksi menentang Laos serta Singapura yang dijadual berlangsung pada 24 Disember dan 3 Januari tahun hadapan.

Difahamkan, selain SNBJ, Stadium Kuala Lumpur di Cheras turut disenaraikan sebagai lokasi di kawasan Lembah Klang manakala tiga lagi stadium melibatkan Stadium Hang Jebat di Melaka, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu, Terengganu dan Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor.

Sementara itu, Encik Noor Azman berkata menjelang saingan Piala AFF, FAM turut merancang untuk mengadakan beberapa siri aksi perlawanan persahabatan Tier 1 buat skuad Harimau Malaya dan pasukan yang bakal bertemu skuad kebangsaan itu akan diputuskan kemudian.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita