Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Persatuan Badminton SG bakal lantik Anup Sridhar dari India sebagai jurulatih baharu perseorangan negara

Anggaran Waktu Membaca:
Persatuan Badminton SG bakal lantik Anup Sridhar dari India sebagai jurulatih baharu perseorangan negara

(Gambar: Persatuan Badminton Singapura (SBA))

Diterbitkan : 21 Jan 2025 12:36AM Dikemas Kini : 21 Jan 2025 12:37AM
SINGAPURA: Persatuan Badminton Singapura (SBA) bersedia untuk mengambil Anup Sridhar dari India sebagai jurulatih baharu bagi perseorangan negara, menurutnya pada Isnin (20 Jan) sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp.

Langkah itu tertakluk kepada permohonan pas pekerjaan (EP) yang diluluskan, menurut SBA.

Encik Sridhar, yang pernah melatih pemain perseorangan terkemuka seperti Lakshya Sen dan PV Sindhu, akan bertugas di bawah "bimbingan" ketua jurulatih Korea Selatan Kim Ji-hyun.

Cik Kim akan terus menjadi ketua jurulatih perseorangan untuk kedua-dua pasukan lelaki dan wanita, dengan Encik Sridhar menawarkan "sokongan tambahan", kata naib presiden pembangunan perniagaan dan komunikasi SBA David Tan.

“Pasukan kebangsaan kita terdiri daripada pemain di peringkat pembangunan yang berbeza dan peringkat dunia, dan oleh itu mempunyai keperluan bimbingan, latihan dan kejohanan yang berbeza. Kami sedang berusaha untuk menangani perkara ini dengan membawa masuk lebih ramai jurulatih dengan kebolehan berbeza," jelasnya.

"Dengan mengambil kira perkara ini, SBA mengiklankan bagi jawatan jurulatih perseorangan tambahan, yang kelayakannya termasuk pengalaman sekurang-kurangnya lima tahun dalam struktur pasukan badminton kebangsaan dengan tumpuan utama kepada perlawanan perseorangan."
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan