Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Perompak bersenjata pecah masuk rumah Aubameyang, serang secara fizikal

Perompak-perompak bersenjata memecah masuk rumah pemain penyerang Barcelona, Pierre-Emerick Aubameyang, pada awal pagi Isnin (29 Ogos), menurut polis.

Anggaran Waktu Membaca:
Perompak bersenjata pecah masuk rumah Aubameyang, serang secara fizikal

Pemain penyerang Barcelona, Pierre-Emerick Aubameyang. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 29 Aug 2022 06:47PM Dikemas Kini : 29 Aug 2022 06:47PM
SEPANYOL: Perompak-perompak bersenjata memecah masuk rumah pemain penyerang Barcelona, Pierre-Emerick Aubameyang, pada awal pagi Isnin (29 Ogos), menurut polis.

Mereka menyerang bintang bola sepak itu dan isterinya secara fizikal ketika memaksa pasangan tersebut supaya membuka sebuah peti untuk mencuri barang-barang kemas, Reuters menukil laporan media.

Akhbar Sepanyol El Pais melaporkan kedua-dua Aubameyang dan isterinya mengalami kecederaan ringan. Aubameyang, 33 tahun, belum mengesahkan sebarang butiran tentang rompakan tersebut.

Ini merupakan kali kedua dalam tempoh dua bulan rumah Aubameyang yang terletak di Castelldefels, pinggir bandar di Kawasan Metropolitan Barcelona, dipecah masuk perompak. Kali pertama insiden berlaku, pemain itu dan keluarganya tidak berada di rumah, menurut polis.

Laporan media menyatakan empat lelaki yang memakai jaket berhud memecah masuk rumah Aubameyang pada Isnin dan mengancam pemain itu serta keluarganya dengan senjata.

Ini bukan kali pertama para pemain terunggul Eropah menjadi mangsa rompakan. Pada Disember lalu, pemain pertahanan Manchester City Joao Cancelo diserang di kediamannya di England manakala pemain pertahanan Benfica Nicolas Otamendi pula diserang dalam satu rompakan di rumahnya di Portugal.

Di Barcelona, kediaman milik Gerard Pique, Ansu Fati, Jordi Alba, Samuel Umtiti dan Coutinho dirompak semasa para pemain berada di padang untuk perlawanan, menurut polis.

Insiden serupa juga dilaporkan dalam kalangan para pemain Madrid, Seville dan Valencia.
Sumber : AFP/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa