Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Permulaan mengecewakan bagi Rossi, Morbildelli di GP Qatar

Perlumbaan pembukaan MotoGP 2021 menjadi igauan buruk dan mengecewakan buat PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team di Litar Antarabangsa Losail, Qatar, pada Ahad.

Anggaran Waktu Membaca:
Permulaan mengecewakan bagi Rossi, Morbildelli di GP Qatar

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 29 Mar 2021 08:46PM Dikemas Kini : 29 Mar 2021 08:51PM

KUALA LUMPUR: Perlumbaan pembukaan MotoGP 2021 menjadi igauan buruk dan mengecewakan buat PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team di Litar Antarabangsa Losail, Qatar, pada Ahad.

Kedua-dua pelumbanya, Valentino Rossi dan Franco Morbildelli yang menghadapi masalah mekanikal, masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat ke-12 dan ke-18 dalam perlumbaan Grand Prix (GP) Qatar.

Perlumbaan pertama Rossi bersama PETRONAS Yamaha SRT bermula dengan pelumba itu jatuh tiga kedudukan untuk menduduki tempat ketujuh pada pusingan pertama.

Pada bahagian awal perlumbaan, Valentino jatuh ke tempat ke-12 sebelum terus ketinggalan ke kedudukan ke-16 pada pusingan ke-12, dan akhirnya berjaya menamatkan perlumbaan pada kedudukan ke-12.

Rossi mengakui yang beliau menghadapi masalah di sepanjang perlumbaan itu dengan masalah tayar motosikalnya itu bermula hanya selepas beberapa pusingan, terutamanya pada tayar belakang.

"Kami mengharapkan ia satu perlumbaan dengan kurang masalah hari ini, dengan cuaca yang lebih sejuk, namun keadaannya tetap sama dan saya kehilangan beberapa kedudukan. Kini kita akan cuba memperbaikinya dan menjadikannya lebih baik untuk perlumbaan minggu hadapan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pasukan tersebut pada hari ini.

Perlumbaan pembukaan musim 2021 menyaksikan Marverik Vinales dari Monster Energy Yamaha MotoGP melakukan perlumbaan yang cemerlang untuk menjuarainya, manakala Johann Zarco (Pramac Racing) di tempat kedua, dan Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo Team), di tangga ketiga.

Morbidelli yang menyifatkan perlumbaan itu sebagai suatu yang sukar, berharap dapat mengkaji secara mendalam mengenai masalah yang dihadapinya di Qatar.

"Agak malang kerana kami menghadapi perlumbaan yang sukar, namun yang bagusnya kami mempunyai data-data bagi memahami apa yang berlaku. Saya berharap kami boleh memperbetulkannya untuk minggu hadapan," kata Morbidelli.

Dalam kategori Moto3, Darryn Binder mengakhiri perlumbaan pertamanya bersama PETRONAS Sprinta Racing di tempat ketiga manakala seorang lagi pelumba pasukan itu, John McPhee tidak bernasib baik, apabila terbabit dalam satu kemalangan bersama seorang lagi pelumba pada pusingan ketiga.

"Berada di podium untuk perlumbaan pertama musim ini adalah sesuatu yang amat saya perlukan," kata Binder.

Sementara itu, pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang mewakili pasukan NTS RW Racing GP, gagal menamatkan perlumbaan dan hanya melengkapkan 11 pusingan pada perlumbaan itu.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan