Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Perlumbaan realiti tambahan dalam acara Maraton Singapura anjuran StanChart tahun ini

Para peserta perlumbaan Singapore Marathon anjuran Standard Chartered (SCSM) tahun ini akan melalui Orchard Road dan mercu-mercu tanda terkenal seperti Taman di Persisiran dan Bendungan Marina, semuanya menerusi realiti tambahan.

Anggaran Waktu Membaca:
Perlumbaan realiti tambahan dalam acara Maraton Singapura anjuran StanChart tahun ini

Acara Maraton S'pura StanChart 2020 diadakan dengan realiti maya (Gambar: Nuria Ling/TODAY)

Diterbitkan : 30 Oct 2020 11:23AM Dikemas Kini : 30 Oct 2020 11:29AM

SINGAPURA: Para peserta perlumbaan Singapore Marathon anjuran Standard Chartered (SCSM) tahun ini akan melalui Orchard Road dan mercu-mercu tanda terkenal seperti Taman di Persisiran dan Bendungan Marina, semuanya menerusi realiti tambahan.

Mereka akan dapat mencipta avatar dan melihat diri mereka bersaing dengan para peserta lain dalam masa nyata, disokong oleh pelbagai ciri dalam video yang menciptakan semula elemen pengalaman perlumbaan.

Ini merupakan kali pertama perlumbaan realiti tambahan ditawarkan untuk acara maraton tahunan, sedang butiran acara itu diumumkan semasa satu taklimat media pada Khamis (29 Okt).

Dari 27 November hingga 6 Disember, para peserta di sini dan di luar negara boleh berlumba dalam salah satu daripada lima kategori berbeza.

Dengan menggunakan alat penjejak seperti jam tangan bijak, para peserta perlumbaan maya boleh melakukan maraton mereka di tempat-tempat terbuka dan mencatat datanya kemudian. Para peserta boleh melakukannya pada bila-bila masa dalam tempoh 10 hari itu, untuk mengelakkan orang ramai berlari secara berkumpulan dan beramai-ramai di luar.

Bagi mereka yang merancang untuk menyertai kategori realiti maya di kawasan tertutup, mereka boleh melakukannya dengan memuat turun aplikasi mudah alih Rouvy pada alat bijak mereka dan menggunakan alat bijak 'foot pod' pada kaki semasa berlari di atas treadmill.

Pod kaki, yang merupakan alat yang dipasang pada kasut, mesti digunakan kerana ia menjejaki rentak, yang tidak dapat dilakukan oleh alat lain seperti jam tangan bijak. Rentak merujuk kepada jumlah langkah yang diambil dalam seminit ketika seseorang berlari.

Sebagai pilihan, peserta boleh menempah larian realiti tambahan di salah satu daripada 12 pusat sukan ActiveSG di serata negara menerusi aplikasi ActiveSG.

Pendaftaran untuk perlumbaan tahun ini adalah percuma, tetapi peserta boleh memilih untuk membayar bagi aksesori dan cenderahati perlumbaan seperti singlet, beg, botol minuman, pingat, gambar rasmi dan sijil penamat digital yang boleh dimuat turun.

Bagi para peserta warga Singapura, mereka boleh mendapatkan cenderahati tersebut menerusi penghantaran atau mendaftar terlebih dahulu untuk pengambilan pada waktu-waktu tertentu di acara penutup SCSM 2020 pada 5 dan 6 Disember di Taman di Persisiran.

Bagi peserta antarabangsa, barangan itu boleh dikirimkan kepada mereka.

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan