Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Perlawanan Piala Dunia: Neymar terseliuh kaki

Anggaran Waktu Membaca:
Perlawanan Piala Dunia: Neymar terseliuh kaki

Buku lali penyerang Brazil, Neymar bengkak ketika aksi Kumpulan G menentang Serbia di Stadium Lusail, Doha. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 25 Nov 2022 10:27AM Dikemas Kini : 25 Nov 2022 10:27AM
DOHA: Kapten Brazil, Neymar terseliuh di pergelangan kaki semasa pasukannya mengalahkan Serbia dalam perlawanan Piala Dunia awal pagi tadi (25 Nov) dan memerlukan pemeriksaan perubatan dalam tempoh 48 jam berikutnya, kata doktor pasukan kebangsaan itu selepas perlawanan.

Doktor Rodrigo Lasmar berkata, bintang bola sepak Brazil itu mengalami kecederaan tersebut selepas bertembung dengan lawannya.

Neymar dikeluarkan pada minit ke-79 ketika Brazil mengatasi Serbia 2-0.

"Kami perlu menunggu 24 hingga 48 jam untuk mempunyai penilaian yang lebih tepat," kata Dr Lasmar. "Kami belum menjadualkan ujian MRI dan esok kami akan menilai sekali lagi keadaannya.

"Kami perlu tunggu, kami tidak boleh membuat komen awal mengenai perkembangannya."

Neymar kelihatan terhincut-hincut selepas perlawanan itu sementara gambar-gambar penyerang itu menunjukkan buku lali kanannya dalam keadaan bengkak.

Jurulatih Tite berkata, pemain Paris Saint-Germain itu pada awalnya kekal dalam perlawanan selepas cedera buku lali "kerana pasukan amat memerlukannya."

Beliau turut menolak kebimbangan pemain berusia 30 tahun itu mungkin terpaksa menjalani rehat yang panjang sekali gus menamatkan kempen Piala Dunianya.

"Anda pasti akan melihat Neymar beraksi dalam Piala Dunia," katanya.

Neymar hanya memerlukan dua gol untuk menyamai rekod sepanjang zaman Pele dengan 77 gol buat Brazil.
Sumber : AFP/NA/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa