Skip to main content

Sukan

Perlawanan antara Aston Villa dengan Newcastle ditunda kerana COVID-19

Liga Perdana Inggeris (EPL) menangguhkan perlawanan Jumaat ini (4 Dis) antara Aston Villa dengan Newcastle United (Newcastle) kerana beberapa pemain dan kakitangan Newcastle dijangkiti COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Perlawanan antara Aston Villa dengan Newcastle ditunda kerana COVID-19

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 02 Dec 2020 02:42PM Dikemas Kini : 02 Dec 2020 02:49PM

LONDON: Liga Perdana Inggeris (EPL) menangguhkan perlawanan Jumaat ini (4 Dis) antara Aston Villa dengan Newcastle United (Newcastle) kerana beberapa pemain dan kakitangan Newcastle dijangkiti COVID-19.

Ia perlawanan EPL pertama yang dibatalkan disebabkan COVID-19 sejak disambung semula pada Jun, lapor Agensi Berita Xinhua.

"Newcastle membuat permohonan kepada EPL untuk mengatur semula perlawanan berikutan peningkatan ketara dalam kes COVID-19 di kelab itu dan pihak berkuasa kesihatan menasihatkan supaya pusat latihan mereka terus ditutup."

"Ia dipersetujui EPL, berikutan kelab tidak dapat berlatih dan bersedia sepenuhnya untuk perlawanan mereka pada Jumaat," kata EPL dalam satu kenyataan yang menjelaskan keputusan itu diambil "dengan mengutamakan kesihatan pemain dan kakitangannya.”

Selepas aksi terakhir Newcastle pada 27 November yang mencatat kemenangan 2-0 ke atas Crystal Palace, jurulatih pertama pasukan, Steve Bruce mengesahkan kelab itu mempunyai tiga pemain yang menjalani kuarantin dan disahkan positif COVID-19 dalam ujian berikutnya pada hujung minggu, menyebabkan kelab menutup pusat latihan pada Isnin (30 Nov).

Menurut EPL, semua pemain dan kakitangan latihan bakal diuji sekali lagi minggu ini dan perlawanan akan dijadualkan semula dalam waktu terdekat.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita