Perjalanan Olimpik pasukan tenis meja wanita S'pura terkubur setelah tewas kepada China
Perjalanan Sukan Olimpik Tokyo bagi pasukan tenis meja wanita Singapura berakhir pada Selasa (3 Ogos) setelah tewas 3-0 dalam acara berpasukan kepada juara bertahan China.
SINGAPURA: Perjalanan Sukan Olimpik Tokyo bagi pasukan tenis meja wanita Singapura berakhir pada Selasa (3 Ogos) setelah tewas 3-0 dalam acara berpasukan kepada juara bertahan China.
Lin Ye dan Yu Mengyu dari Singapura bertarung dengan Chen Meng dan Wang Manyu dalam perlawanan pertama. Meskipun menunjukkan semangat jitu dalam set kedua, regu Singapura itu akhirnya kalah 3-0 dalam masa 23 minit.
Feng Tianwei kemudian cuba menyamakan kedudukan dalam acara perseorangan apabila berdepan dengan pemain nombor tiga dunia Sun Yingsha. Namun Feng, yang menduduki enam tempat lebih rendah dalam ranking dunia, gagal mengatasi pemenang pingat perak itu, dan akhirnya tumpas di tangan pemain tersebut.
Singapura sebelum ini merangkul pingat perak pada 2008 dan sebutir pingat gangsa pada 2012 dalam acara itu tetapi China tidak pernah kalah dalam acara berpasukan wanita sejak ia diperkenalkan di Sukan Olimpik Beijing 2008.
China pada Rabu akan mara ke peringkat separuh akhir dan bakal berdepan dengan Jerman - yang menewaskan Korea Selatan 3-2 sebelum ini.
Sebagai rangkaian Sukan Olimpik Singapura, Mediacorp membawakan liputan meluas Sukan Olimpik Tokyo 2020. Lungsuri laman mediacorp.sg/tokyo2020 untuk butiran lanjut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.