Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Perenang S'pura Toh Wei Soong menang pingat perak Sukan Komanwel

Kejayaan Toh Wei Soong meraih perak menjadikannya pingat kedua Singapura dalam sukan renang pada edisi Sukan Komanwel kali ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Perenang S'pura Toh Wei Soong menang pingat perak Sukan Komanwel

Gambar fail Toh Wei Soong. (Gambar: Facebook/Team Singapore, Sport Singapore)

SINGAPURA: Toh Wei Soong memenangi pingat perak di peringkat akhir acara S7 gaya bebas 50m lelaki di Sukan Komanwel 2022 pada Isnin (1 Ogos) malam waktu tempatan.

Berlangsung di Pusat Akuatik Sandwell di Birmingham, Toh mencatatkan masa 29.10 saat.

Acara itu dimenangi Matthew Levy dari Australia (28.85), manakala Christian Sadie dari Afrika Selatan merangkul pingat gangsa (29.78).

Toh turut memenangi pingat gangsa dalam acara sama pada edisi terakhir temasya sukan itu pada 2018.

Di Sukan Paralimpik tahun lalu, Toh menduduki tempat ketujuh di peringkat akhir S7 gaya bebas 50m dan keempat bagi peringkat akhir S7 gaya kupu-kupu 50m. Beliau mencipta rekod baru negara bagi kedua-dua acara.

Ini pingat kedua Singapura dalam sukan renang pada edisi kali ini selepas Teong Tzen Wei memenangi perak bagi gaya kupu-kupu 50m lelaki.

Anda boleh ikuti acara-acara Sukan Komanwel secara langsung di meWATCH atau sedutannya melalui saluran Mediacorp Entertainment di YouTube.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan