Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Perenang S'pura Teong Tzen Wei raih tempat ke-8 Kejohanan Dunia FINA

Anggaran Waktu Membaca:
Perenang S'pura Teong Tzen Wei raih tempat ke-8 Kejohanan Dunia FINA

(Gambar fail: Andy Chua/SportSG)

SINGAPURA: Perenang Singapura, Teong Tzen Wei, menduduki tempat kelapan di peringkat akhir acara gaya kupu-kupu 50 meter lelaki di Kejohanan Dunia FINA pada Ahad (19 Jun). 

Dalam hantaran Facebooknya pada Isnin (20 Jun), Persatuan Renang Singapura (SSA) turut mendedahkan bahawa Teong adalah perenang lelaki Singapura yang pertama untuk melayakkan diri ke peringkat akhir sejak 2017. 

Perenang berusia 24 tahun itu mencatatkan masa 23.29 saat bagi acara yang berlangsung di Budapest, Hungary semalam.

SSA mengucapkan tahniah kepada Teong kerana menjadi "satu-satunya perenang terpantas dari Asia di Peringkat Akhir Acara Gaya Kupu-Kupu 50 meter di Kejohanan Dunia FINA Budapest 2022". 

Jaguh Sukan Olimpik sebanyak tujuh kali dari Amerika Syarikat, Caeleb Dressel, memenangi acara tersebut setelah mencatatkan masa 22.57 saat, disusuli oleh Nicholas Santos dari Brazil dengan 22.78 saat dan Michael Andres dari Amerika Syarikat dengan 22.79 saat. 

Sebelum ini, di Sukan SEA Hanoi, Teong mencipta rekod baru bagi acara gaya bebas 50 meter Sukan SEA dengan catatan masa 21.93 saat. Ini merupakan kali pertama beliau menamatkan perlumbaan dalam masa kurang 22 saat.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan