Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Perenang S'pura Joseph Schooling akui ambil ganja di luar negara, dedah MINDEF

Perenang negara Joseph Schooling mengakui telah mengambil ganja semasa di luar negara pada Mei apabila dia menggantung sementara Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masanya untuk berlatih dan mengambil bahagian dalam Sukan Asia Tenggara.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perenang negara Joseph Schooling mengakui telah mengambil ganja semasa di luar negara pada Mei apabila dia menggantung sementara Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masanya untuk berlatih dan mengambil bahagian dalam Sukan Asia Tenggara.

Demikian menurut Kementerian Pertahanan pada Selasa (30 Ogos).

Berikut kenyataan penuh yang dikeluarkan MINDEF:

“Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mengekalkan dasar sifar tolak ansur yang tegas terhadap penyalahgunaan dadah. Kakitangan perkhidmatan yang diuji positi bagi penyalahgunaan dadah akan didakwa dan dijatuhkan hukuman ke Berek Tahanan SAF. Mereka yang disyaki atau mengaku menyalahgunakan dadah akan diletakkan di bawah rejim ujian air kencing yang diselia SAF sebagai sebahagian daripada proses rawatan serta pemulihan.

Biro Narkotik Pusat (CNB) sudah menamatkan siasatannya ke atas PTE Joseph Schooling dan menyerahkan pengurusan kes tersebut kepada SAF, memandangkan dia adalah Anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa. Hasil ujian air kencing bagi dadah terkawal yang dijalankan ke atas PTE Joseph Schooling kembali negatif.

Bagaimanapun, PTE Schooling mengakui mengambil ganja semasa di luar negara pada Mei 2022 apabila dia menangguhkan sementara Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa untuk berlatih dan menyertai Sukan Asia Tenggara.

Mengikut protokol sedia ada, PTE Schooling akan diletakkan di bawah rejim ujian air kencing yang diselia selama enam bulan. Semua kakitangan SAF yang diuji positif semasa rejim ini akan didakwa dan dihukum sewajarnya.

Memandangkan dia menyalahgunakan keistimewaan yang diberi tatkala penangguhan tersebut, PTE Schooling tidak akan lagi layak bagi cuti atau penangguhan untuk berlatih mahupun bersaing dalam pertandingan ketika menjalani NS. Satu surat amaran rasmi juga sudah dikeluarkan kepada PTE Schooling, memaklumkannya tentang padah serius penyalahgunaan dadah yang dikenakan kepada semua kakitangan SAF, yang berkemungkinan dihukum tahanan sehingga sembilan bulan di Berek Tahanan SAF.”
Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan