Skip to main content

Sukan

Perenang SG Yip Pin Xiu sekali lagi terlepas peluang sertai Sukan Para ASEAN

Anggaran Waktu Membaca:
Perenang SG Yip Pin Xiu sekali lagi terlepas peluang sertai Sukan Para ASEAN

(Gambar: Sport Singapore)

Diterbitkan : 19 Aug 2025 08:17PM Dikemas Kini : 19 Aug 2025 09:07PM
SINGAPURA: Juara renang Paralimpik sebanyak tujuh kali, Yip Pin Xiu sekali lagi terlepas menyertai Sukan Para ASEAN tahun ini.

Ini apabila penganjurnya, Thailand, gagal mendapat jumlah pesaing yang mencukupi bagi acara yang ingin ditandingi Yip, iaitu kategori S2, yang juga tidak dipertandingkan semasa Sukan Para ASEAN Indonesia dan Kemboja.

Yip berkata demikian semasa satu acara menjunjung budi kepada rakan kongsi atas sokongan mereka terhadap Kejohanan Renang Para Dunia di Singapura bulan depan.

Ini kali pertama acara itu diadakan di Asia.

Sejak Sukan Paralimpik tahun lalu, Yip melakukan latihan secara intensif dan mengambil bahagian dalam pertandingan dan kem latihan di luar negara.

Beliau juga mengutamakan ketahanan mental dan rehat supaya tidak mengalami keletihan secara berlebihan.

Yip berkata: "Sebaik sahaja saya selesai dengan Sukan Paralimpik Paris, saya terus kembali berlatih untuk bersiap sedia bagi kejohanan ini, kerana saya benar-benar mahu melakukan yang terbaik di negara sendiri.

"Dan saya rasa sudah setahun sejak Sukan Paralimpik Paris dan saya sambung berlatih di sini.

"Dan saya rasa harapan saya bagi pertandingan ini adalah untuk mengekalkan prestasi di Paris dan mencatatkan masa yang memuaskan saya."
Sumber : CNA/QA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita