Skip to main content

Sukan

Perenang SG Teong Tzen Wei raih pingat perak acara 50m gaya kupu-kupu Sukan Asia

Anggaran Waktu Membaca:
THANGZHOU: Selepas mempamerkan prestasi yang mengecewakan di Sukan SEA Kemboja awal tahun ini, perenang negara Teong Tzen Wei mempunyai mesej ringkas yang ingin disampaikannya:

"Saya akan bangkit semula dengan prestasi yang lebih menyerlah."

Dan di arena akuatik Pusat Sukan Olimpik Hangzhou pada Khamis (28 Sep), Teong menepati janjinya.

Atlit berusia 25 tahun itu berjaya merangkul pingat renang yang pertama bagi Singapura di Sukan Asia 2023, selepas menduduki tempat kedua dalam acara 50m kupu-kupu lelaki dalam masa 23.34s. Ini juga merupakan pingat Sukan Asia yang pertama bagi Teong.

Teong mengalahkan perenang Kazakhstan, Adilbek Mussin (23.44) untuk merebut tempat kedua, manakala pingat emas menjadi milik perenang Korea Selatan, Baek Inchul (23.29).

Rekod Sukan Asia ialah 22.93s, yang dicatatkan pada 2017 oleh rakan senegaranya, Joseph Schooling.

Pada Sukan Asia 2018, pasukan renang Singapura memenangi enam pingat, termasuk dua pingat emas sumbangan Schooling.

Anda boleh ikuti liputan Sukan Asia ke-19 di Hangzhou secara langsung di 6 saluran khas meWatch.

Log masuk sekarang di www.mewatch.sg/asiangames untuk menonton semua aksi kejohanan itu secara percuma, atau ikuti sedutan acara-acara pertandingan di Mediacorp Entertainment di YouTube.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita