Perenang SG Teong Tzen Wei cipta rekod baru Asia di Kejohanan Sedunia FINA 2022
Perenang SG Teong Tzen Wei bersaing di acara gaya kupu-kupu 50m di Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, yang mana beliau berjaya memenangi pingat perak. (Gambar: Andy Chua/Commonwealth Games Singapore)
Masa yang dicatatkan oleh perenang negara berusia 25 tahun berjaya memecahkan rekod yang dicatatkan sebelum ini iaitu 22.19 saat oleh perenang dari Jepun Takeshi Kawamoto semasa Kejohanan Nasional Jepun 2020.
Beliau juga berjaya memecahkan rekod nasional bagi gaya kupu-kupu 50 meter yang dicatatkannya sebelum ini di Kejohanan Renang Nasional Singapura pada November 2021, iaitu 22.24 saat.
Teong mengungguli pusingan saringan, dengan menewaskan pemegang rekod dunia dari Hungary, Szebasztian Szabo (22.07 saat) dan perenang dari Jerman, Marius Kusch (22.19 saat).
Dengan masa yang dicatatkannya itu, beliau layak ke peringkat separuh akhir, yang akan diadakan pada Selasa. Singapura belum pernah mengutip sebarang pingat bagi acara jarak dekat dalam kejohanan dunia itu.
Temasya sukan tersebut berlangsung di Pusat Sukan dan Akuatik Melbourne.
Pemenang pingat perak bagi acara gaya kupu-kupu 50m di Sukan Komanwel 2022 di Birmingham itu turut menjadi perenang pertama dari Asia Tenggara untuk mencatatkan masa bawah 22 saat buat julung-julung kalinya ketika beliau memecahkan rekod Sukan SEA bagi acara gaya bebas pada Mei lalu.
Pada 29 September lalu, semua sokongan bagi Teong, serta Joseph Schooling dan Amanda Lim digantung selama sebulan sebagai atlit TeamSG setelah mereka mengaku mengambil dadah terkawal di luar negara.
Ketiga-tiga atlit di bawah skim prestasi tinggi itu tidak menerima geran bantuan latihan atau mempunyai akses kepada sains sukan dan kemudahan perubatan sukan.
Teong, Schooling, dan Lim sebelum ini memohon maaf dan bertekad untuk menjauhi dadah terkawal pada masa akan datang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.