Skip to main content

Sukan

Perenang SG rangkul 4 pingat termasuk emas di Siri Renang Para Sedunia

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA:Team Singapore merangkul empat pingat, termasuk satu pingat emas di Siri Renang Para Sedunia di Singapura, yang diadakan di Pusat Akuatik OCBC.

Satu rekod negara serta 14 rekod peribadi terbaik dicatatkan.

Walau bagaimanapun, mereka gagal meraih sebarang pingat pada hari terakhir.

Meskipun demikian, tiga perenang para negara termasuk Yip Pin Xiu and Toh Wei Soong sudah menempah tempat ke Paralimpik Paris Ogos ini.

Yip, 32 tahun, yang bermula di lorong 8 dalam acara akhir 100 meter kuak lentang kelas S2, pada mulanya mendahului para peserta lain.

Pemenang pingat emas Paralimpik 5 kali itu bagaimanapun akhirnya menduduki tempat keempat.

Sebelum ini, Yip merangkul pingat perak dan gangsa.

Toh Wei Soong, 25 tahun, yang bermula di lorong 8 dalam acara akhir 50 meter gaya bebas kelas S7, mencatatkan masa 29.74 saat untuk menamatkan perlumbaan di tempat keenam.

Toh sebelum ini merangkul pingat emas dalam acara 50 meter gaya kupu-kupu dan pingat gangsa dalam acara 100 meter gaya bebas.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita