Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Perenang SG Jonathan Tan duduki tempat keempat acara 50m gaya bebas lelaki Sukan Asia

Anggaran Waktu Membaca:
Perenang SG Jonathan Tan duduki tempat keempat acara 50m gaya bebas lelaki Sukan Asia

(Gambar: SportsSG/Andy Chua)

Diterbitkan : 25 Sep 2023 11:29PM Dikemas Kini : 25 Sep 2023 11:34PM
HANGZHOU: Perenang negara, Jonathan Tan terlepas peluang untuk merebut pingat gangsa dalam acara 50m gaya bebas lelaki pada Isnin (25 Sep) selepas menduduki tempat keempat dengan catatan masa 22.11s.

Di arena akuatik Pusat Sukan Olimpik Hangzhou, Ji Yuchan dari Korea Selatan meraih pingat emas dengan mencipta rekod baharu Sukan Asia 21.72s - mencatatkan rekod baharu buat kali kedua dalam sehari - manakala Ian Ho dari Hong Kong meraih pingat perak (21.87s).

Perenang China, Pan Zhanle mencatat masa 21.92 saat untuk merangkul pingat gangsa.

Bercakap kepada pihak media, Tan berkata beliau seharusnya memulakan perlumbaan dengan lebih baik.

Sebelum kejohanan ini, beliau mencatat masa kedua dan ketiga terpantas di Asia dalam acara 50m gaya bebas tahun ini. Beliau juga menepati kriteria kelayakan Sukan Olimpik semasa bertanding di Sukan SEA tahun ini dengan catatan masa 21.91s.

Dalam acara yang sama, rakan senegara, Tan Teong Tzen Wei menduduki tempat keenam dengan catatan masa 22.26s.

Pada petang Isnin, pasukan renang negara yang terdiri daripada Ardi Azman, Glen Lim, Jerald Lium dan Tan menduduki tempat keempat bagi acara berganti-ganti gaya bebas 4x200m lelaki, mencatatkan masa 7:17.98.

Korea Selatan memenangi pingat emas, manakala China meraih pingat perak dan Jepun pula pingat gangsa.

Pada Sukan Asia 2018, pasukan renang Singapura memenangi enam pingat, termasuk dua emas. Team Singapore menamatkan temasya sukan tersebut dengan pungutan empat pingat emas, empat perak dan 14 gangsa dalam semua sukan edisi itu.

Saksikan secara langsung Sukan Asia Hangzhou 2022 ke-19 dengan 6 saluran khusus di mewatch. Log masuk sekarang di mewatch.sg/asiangames untuk menonton semua aksi secara PERCUMA, atau sorotannya di Mediacorp Entertainment di YouTube.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan