Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Perenang SG gondol 3 pingat emas, pecahkan 2 rekod Sukan Para ASEAN

Anggaran Waktu Membaca:
Perenang SG gondol 3 pingat emas, pecahkan 2 rekod Sukan Para ASEAN

Colin Soon (kiri) dan Wong Zhi Wei menang pingat di Sukan Para ASEAN di Phnom Penh pada 5 Jun 2023. (Gambar fail: SNPC/Dyan Tjhia)

SINGAPURA: Para perenang Singapura menggondol tiga pingat emas pada hari ketiga Sukan Para ASEAN di Phnom Penh, sekali gus memecahkan dua rekod temasya sukan tersebut.

Kemenangan itu juga membawa pungutan pingat emas negara ini, dari kolam renang Stadium Nasional Morodok Techo, kepada tujuh.

Colin Soon dan Wong Zhi Wei berjaya meraih pingat pada Selasa (6 Jun) semasa bertanding di peringkat akhir S13 gaya bebas 100 meter (m) lelaki, masing-masing menduduki tempat pertama dan kedua.

Soon, yang sudah memenangi acara SB14 kuak dada 100m lelaki dan pingat emas SB14 kuak dada 50m lelaki sambil memecahkan rekod temasya sukan tersebut, merangkul pingat emas yang ketiga dengan mencatatkan masa 59.72 saat.

Selain memecahkan rekod Sukan Para ASEAN, masa itu juga rekod baru peringkat nasional.

Beliau turut menambah pingat perak ke dalam koleksinya melalui acara S13 kuak lentang 100m lelaki.

Kakaknya Sophie, yang memenangi pingat emas bagi acara SB13 kuak dada 100m wanita pada Ahad lalu, merangkul pingat emas dalam acara S13 kupu-kupu 100m wanita.

Masa yang dicatatkannya iaitu 1:22.41 juga satu rekod nasional yang baru.

Selepas memenangi dua pingat perak dan satu pingat gangsa, Wong juga berjaya mencapai kedudukan tertinggi selepas menjuarai acara S13 kupu-kupu 100m lelaki dengan masa 1:03.87 - satu rekod baru Sukan Para ASEAN.

Juga sudah merangkul dua pingat perak bagi edisi kali ini, Danielle Moi turut menambah kepada jumlah pingat yang dimenangi Singapura pada Selasa, dengan satu lagi pingat perak bagi acara S14 kupu-kupu 100m wanita dan pingat perak dalam acara SM14 campuran individu 200m wanita.

Seramai 26 atlit Team Singapore sedang bertanding di Sukan Para ASEAN tahun ini dalam acara balapan, badminton, boccia, angkat berat 'powerlifting', renang dan tenis meja.

Sukan Para ASEAN yang dirasmikan pada Ahad lalu dan bakal berakhir pada Jumaat, berlangsung di Kemboja buat pertama kalinya.

Singapura kini menduduki tangga keenam dalam senarai pungutan pingat.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan