Skip to main content

Sukan

Perenang SG Gan Ching Hwee catat rekod negara baharu bagi acara 1500m di Olimpik

Anggaran Waktu Membaca:
Perenang SG Gan Ching Hwee catat rekod negara baharu bagi acara 1500m di Olimpik

Perenang Singapura Gan Ching Hwee di Olimpik Paris pada 30 Julai 2024. (Gambar: SportSG/Andy Chua)

PARIS: Perenang Singapura, Gan Ching Hwee, mengungguli saringan awal yang disertai beliau, dan juga mencatat satu rekod negara baharu di Sukan Olimpik Paris hari ini (30 Jul).

"Sukar untuk menggambarkan perasaan saya dengan kata-kata," katanya kepada media selepas melakukan 30 pusingan di kolam bagi acara gaya bebas 1500m wanita di arena Paris La Defense pada Selasa (30 Jul).

"Saya benar-benar datang ke sini untuk bebas berenang, tidak berasa terikat kepada apa-apa dan gembira. Saya menikmati setiap minit di sini dan saya gembira dengan keputusannya."

Masa yang dicatat Gan adalah 16:10.13 dalam saringan awal gaya bebas 1500m, menjadikannya yang terpantas dalam kalangan perenang yang bersaing dalam saringan awal yang sama.

Bulan lalu, Gan mencatat rekod peribadi terbaik (16:10.61). Maka prestasi terbarunya juga sudah mengatasi rekod peribadi terbaik beliau.

Malangnya, Gan menduduki tangga kesembilan dan gagal mara ke pusingan akhir. Beliau hanya 1.5 saat lebih perlahan daripada perenang terakhir untuk layak ke final.

Ini juga kali pertama seorang perenang wanita Singapura mencatat rekod negara terbaik di Sukan Olimpik, sejak Tao Li melakukan itu pada 2012 dalam acara kuak lentang 100m.
Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita