Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Perenang SG Gan Ching Hwee catat rekod kedua negara di Olimpik Paris

Anggaran Waktu Membaca:
Perenang SG Gan Ching Hwee catat rekod kedua negara di Olimpik Paris

Gan Ching Hwee Gan bersaing dalam saringan awal acara gaya bebas 1500m wanita di Sukan Olimpik Paris pada 30 Jul 2024. (Gambar: AP/Ashley Landis)

PARIS: Perenang Gan Ching Hwee terus menunjukkan prestasi mantap di Sukan Olimpik Paris dan bahkan mencatatkan satu lagi rekod negara pada Jumaat (2 Ogos).

Bersaing dalam acara gaya bebas 800 meter wanita di arena Paris La Defense, rakyat Singapura itu mengatasi rekod peribadi terbaiknya dan juga rekod negara, 8:34.01, sebanyak hampir dua saat dengan masa 8:32.37.

Gan menduduki tangga ketujuh dalam kalangan perenang pusingan saringan awal yang disertai. Secara keseluruhan pula, Gan berada di tangga ke-11 daripada 16 atlet lain.

Ini rekod negara keduanya di Sukan Olimpik. Sebelum ini, rekod yang dicapai adalah menerusi acara gaya bebas 1500 meter pada Selasa.

Beliau hanya disahkan akan bersaing dalam Sukan Olimpik pada bulan lalu, selepas layak dari segi Masa Pertimbangan Olimpik, atau dikenali sebagai Kelayakan Kategori B, dalam acara 1,500 meter.

Gan menggantikan Quah Ting Wen dalam acara berganti-ganti.
Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan