Skip to main content

Sukan

Perenang S'pura Quah Ting Wen cipta rekod baru Sukan SEA bagi acara gaya bebas 100m

Perenang negara Quah Ting Wen memecahkan rekod Sukan SEA beliau yang lalu apabila mencatatkan masa 54.75 saat bagi peringkat saringan acara gaya bebas 100 meter wanita di Pusat Akuatik New Clark City pada Rabu (4 Dis). 

Anggaran Waktu Membaca:
Perenang S'pura Quah Ting Wen cipta rekod baru Sukan SEA bagi acara gaya bebas 100m

Perenang Quah Ting Wen pada 4 Dis 2019. (Gambar: SNOC)

Diterbitkan : 04 Dec 2019 01:26PM Dikemas Kini : 04 Dec 2019 01:27PM

CLARK: Perenang negara Quah Ting Wen memecahkan rekod Sukan SEA beliau yang lalu apabila mencatatkan masa 54.75 saat bagi peringkat saringan acara gaya bebas 100 meter wanita di Pusat Akuatik New Clark City pada Rabu (4 Dis).

Rekod masa sebelum ini adalah 55.74 saat yang dicatatkan oleh Quah pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

Quah menduduki tempat pertama secara keseluruhannya manakala rakan sepasukannya, Cherlyn Yeoh, menduduki tempat ketiga dengan mencatatkan masa 56.75s.

Kedua-dua perenang itu akan bersaing di peringkat akhir acara itu malam nanti.

Rekod nasional Quah, dicapai di Kejohanan Renang Nasional Singapura ke-15 awal tahun ini,iaitu 54.62 saat.

Hari ini menandakan hari pertama pertandingan bagi para perenang Singapura yang akan berusaha meningkatkan prestasi mereka daripada Sukan 2017 di mana mereka meraih 19 pingat emas.

Ikuti liputan Mediacorp bagi Sukan SEA ke-30 dan dapatkan laporan paling meluas Team Singapore melalui empat saluran LIVE di Toggle.

Lungsuri toggle.sg/seagames2019 untuk butiran lanjut.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita