Perenang Paralimpik SG Yip Pin Xiu, Toh Wei Soong ingin menang pingat di Paralimpik Paris 2024
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: SportSingapore, tohweisoong/Instagram)
SINGAPURA: Tinggal beberapa hari lagi sebelum Sukan Paralimpik Paris 2024 membuka tirainya, dan perenang Paralimpik Singapura berkongsi harapan, untuk kembali membawa pulang pingat.
Sambutan hebat bagi atlet Paralimpik negara yang meraih paling banyak pingat di akhir Sukan Paralimpik Tokyo.
Dengan lima pingat emas dan dua rekod dunia dalam genggaman, Yip Pin Xiu merupakan antara atlet pilihan di Paris tahun ini.
Namun, Yip mengaku, dia masih rasa gementar sebelum setiap perlumbaan.
"Ini merupakan Sukan Paralimpik kelima saya, tetapi ia bukan menjadi lebih mudah. Saya rasa oleh kerana hanya ada tiga tahun, masa untuk lakukan persiapan adalah kurang berbanding biasa. Jadi mungkin ada lebih sedikit rasa gementar dan ragu-ragu, " kata Yip.
Juara bertahan ini akan sekali lagi bertanding dalam perlumbaan renang kegemaran beliau - kuak lentang 50 dan 100 meter S2.
Dalam mempertahankan takhtanya, Yip berharap dapat kekal tenang.
Beliau menambah: "Jika saya melaungkannya, ia hanya memberi saya lebih tekanan dan kebimbangan. Tentu, semua tahu apa yang saya inginkan, apa matlamat saya."
Perenang Toh Wei Soong juga giat berlatih untuk kemunculannya yang kedua di sukan Paralimpik.
Setelah gagal meraih pingat gangsa dalam acara 50 meter gaya kupu-kupu S7 di Tokyo dengan selisih hanya 0.16 saat, Toh ingin sekali naik ke atas pentas kali ini.
"Saya bekerja keras beberapa tahun kebelakangan ini untuk cuba merapatkan jurang tempat keempat, khususnya bagi kuak kupu-kupu, ke tiga tempat teratas. Saya rasa ada peluang baik untuk saya menang pingat," kata Toh.
Selain menunjukkan prestasi lebih baik, Toh juga berasa tidak sabar untuk bertemu kawan lama dan mencipta memori baharu di Paralimpik tahun ini.

Mulai lewat Rabu malam, anda boleh saksikan liputan pencapaian Team Singapore di Sukan Paralimpik Paris secara percuma di mewatch.

Sumber : CNA/NY/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.