Skip to main content

Sukan

Perenang negara Yip Pin Xiu lega dapat raih pingat emas bagi SG dalam pertandingan sengit

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemenang Paralimpik negara Yip Pin Xiu berkata beliau lega tekanan besar ke atas dirinya untuk memenangi pingat emas untuk Singapura di Paris, telah diatasinya.

Perenang paralimpik itu memenangi pingat emas yang ketiga berturut-turut dalam acara 100 meter kuak lentang wanita S2 dalam pertandingan sengit, dengan kelebihan kurang sesaat.

Alunan Majulah Singapura memenuhi Arena La Defense di Paris, bagi meraikan kejayaan Yip Pin Xiu yang berlinangan air mata.

Beliau kini merupakan pemenang enam pingat emas bagi Sukan Paralimpik.

"Saya tidak terkata. Saya rasa emosi belum terganggu lagi buat masa ini, saya hanya berasa lega. Saya telah berlatih dengan kuat bersama jurulatih saya, dan pasukan saya. Dan tekanan kali ini untuk meraih pingat tiga kali berturut-turut, walaupun ke atas diri saya sendiri, agak memberikan kesan.

"Jadi ia suatu perjuangan, dan ia juga agak meletihkan secara fizikal, emosi dan mental juga," kata Yip.

Yip memasuki pertandingan sebagai perenang pilihan ramai.

Ternyata, kerana beliau memenangi beberapa pingat dalam acara kegemarannya, dan menduduki tangga teratas dalam beberapa pertandingan sebelum ini.

Namun, pertandingan terakhir terbukti sesuatu yang lebih sukar.

Menduduki lorong keempat, Yip menunjukkan permulaan yang agak perlahan, berada di belakang perenang Mexico Haidee Aceves.

Persaingannya di pertengahan 50 meter kekal sengit, dengan Aceves mengancam pingat emas yang diburunya.

Namun, di saat-saat akhir, didorong oleh sorakan peminat Singapura yang hadir, atlet kegemaran ramai itu berjaya mengumpul semangat bagi persembahan terbaik pada saat-saat akhir.

Yip mencatatkan masa 2:21:73.

"Saya rasa ia benar-benar cuma... Saya di sini mewakili Singapura, dan untuk menunjukkan kepada dunia bahawa kami berupaya dan apa yang kami boleh capai," kata Yip.

Anda boleh ikuti liputan Sukan Paralimpik Paris 2024 secara langsung dan ulangan di mewatch. Lungsuri www.mewatch.sg/paris2024 bagi butiran lanjut.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita