Skip to main content

Sukan

Perenang negara Teong Tzen Wei menang pingat pertama Singapura di Sukan Komanwel 2022

Anggaran Waktu Membaca:
Perenang negara Teong Tzen Wei menang pingat pertama Singapura di Sukan Komanwel 2022

(Gambar: Andy Chua/Commonwealth Games Singapore)

SINGAPURA: Perenang negara Teong Tzen Wei menang pingat pertama Singapura di Sukan Komanwel 2022 selepas dia merangkul pingat perak dalam acara 50 meter gaya kupu-kupu lelaki.

Teong mencatat masa 23.21 saat dalam perlumbaan di Pusat Akuatik Sandwell di Birmingham pada Sabtu (30 Jul) malam.

Acara itu dimenangi oleh Benjamin Proud dari England dalam masa rekod baru Komanwel dengan masa 22.81 saat, manakala Cameron Grey dari New Zealand meraih gangsa.

Teong layak ke peringkat akhir pada hari sebelumnya dengan menamatkan perlumbaan dalam masa 23.24 saat dan menduduki tempat kedua secara keseluruhannya.

Prestasi terbaik peribadinya ialah 23.03 saat, yang dicatatkan pada separuh akhir Kejohanan Dunia FINA bulan lepas.

Pada Sukan SEA ke-31 Mei lalu, Teong mencipta rekod baru Sukan SEA dengan masa 23.04 saat.

Sabtu menandakan hari kedua perenang Singapura beraksi di temasya itu.

Pada Jumaat, Quah Ting Wen, Quah Zheng Wen, Quah Jing Wen dan Jonathan Tan menduduki tempat keenam dalam peringkat akhir 4X100m gaya bebas berganti-ganti.

Maximillian Ang juga berjaya mara ke peringkat akhir 200m kuak dada lelaki di mana dia mendapat tempat keenam.

Anda boleh ikuti acara-acara Sukan Komanwel secara langsung di meWATCH atau ringkasannya di saluran Mediacorp Entertainment di YouTube.
Sumber : CNA/SU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita