Perenang negara Quah Ting Wen dinobat atlit terbaik Sukan SEA ke-32
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: CNA/Jeremy Long
SINGAPURA: Perenang negara Quah Ting Wen mengharumkan nama negara apabila dipilih sebagai penerima anugerah atlit terbaik di Sukan Asia Tenggara (SEA) yang ke-32 di Kemboja pada Rabu (17 Mei).
Beliau menerima anugerah tersebut daripada Timbalan Perdana Menteri Kemboja Tea Banh semasa upacara penutup di Stadium Negara Morodok Techo.
Perenang berusia 30 tahun itu menamatkan kempennya di Sukan SEA dengan enam pingat emas dan dua pingat perak.
Dalam satu kenyataan, Ting Wen berkata: "Saya berasa sangat berbesar hati dan bangga untuk menerima anugerah ini. Saya berterima kasih atas peluang yang diberikan untuk memberi yang terbaik bagi Singapura dan sukan saya.
"Adik lelaki saya menerima anugerah tersebut pada 2019 dan adik perempuan saya pula (dinobatkan) sebagai atlit dengan jumlah pengutan pingat terbanyak di Sukan SEA Hanoi tahun lalu, jadi rasanya seperti cara yang baik untuk (menggulung pencapaian kami adik-beradik)."
Di Phnom Penh, Ting Wen mempertahankan takhtanya bagi acara 100 meter gaya bebas untuk kali kelima, dengan mencatat masa 55.83 saat.
Beliau juga adalah sebahagian daripada pasukan renang berganti-ganti gaya bebas 4x100 meter wanita, di samping Jing Wen, Nur Marina Chan dan Amanda Lim.
Kemenangan mereka sekali gus membawa kepada pingat emas ke-1,000 Singapura di Sukan SEA.
Satu lagi pingat emas disumbang Ting Wen menerusi acara 4x100 meter rampaian campuran wanita, di mana beliau meraih pencapaian tersebut bersama Faith Khoo, Letitia Sim dan Jing Wen. Pasukan tersebut mencatat rekod baru di Sukan SEA dengan catatan masa 4:06.97.
Kemenangan itu juga menyaksikan Ting Wen menggondol pingat Sukan SEA ke-60 kerjayanya, di mana beliau telah mewakili negara dalam sembilan edisi Sukan SEA.
"Ia merupakan satu perjalanan yang amat panjang, ia benar-benar sangat bermakna bagi saya. Meskipun sebilangan orang menganggapnya hanya sebagai Sukan Asia Tenggara, ia merupakan sebahagian besar kerjaya saya," ujar Ting Wen.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.