Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Perenang negara Joseph Schooling tidak akan bertanding dalam Sukan Asia 2023

Anggaran Waktu Membaca:
Perenang negara Joseph Schooling tidak akan bertanding dalam Sukan Asia 2023

(Gambar fail: Matt Slocum/AP)

Diterbitkan : 05 Aug 2023 03:16PM Dikemas Kini : 05 Aug 2023 11:22PM
SINGAPURA: Perenang negara Joseph Schooling tidak akan bertanding di Sukan Asia yang dijadual berlangsung dari 23 September hingga 8 Oktober di Hangzhou, China.

Nama juara Olimpik itu tidak disertakan dalam senarai muktamad 431 atlit yang diumumkan pada Sabtu (5 Ogos).

Pada dua edisi temasya yang lalu, pemain berusia 28 tahun itu memenangi tiga emas, satu perak dan tiga gangsa.

Menurut Sport Singapore (SportSG)dan Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC), atlit Singapura akan bersaing dalam 32 sukan dan ia adalah kontinjen terbesar Singapura ke Sukan Asia.

Pemangku Presiden SNOC, Jessie Phua berkata 336 atlit akan membuat penampilan sulung di Sukan Asia itu.

Temasya ke-19 di Hangzhou itu sepatutnya berlangsung pada 2022 tetapi ditangguhkan akibat pandemik COVID-19.

Mengikut senarai awal yang dikeluarkan pada April lalu, Schooling layak untuk ke Hangzhou.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, Persatuan Akuatik Singapura menyatakan pemilihan untuk Sukan Asia berdasarkan catatan masa terpantas semasa tempoh kelayakan.

Persatuan itu menambah dua perenang telah mencatatkan masa yang lebih pantas daripada Schooling semasa tempoh tersebut.

Pasukan Singapura akan mendapat wang tunai S$1.7 juta dan sokongan selama lima tahun daripada syarikat telekomunikasi Singtel.

 
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan