Skip to main content

Sukan

Perenang Chantal Liew akan bertanding di Sukan Olimpik Tokyo, cipta sejarah bagi S'pura

Chantal Liew mencipta sejarah apabila menjadi rakyat Singapura yang pertama melayakkan diri ke Sukan Olimpik bagi acara renang maraton di laut terbuka.

Anggaran Waktu Membaca:
Perenang Chantal Liew akan bertanding di Sukan Olimpik Tokyo, cipta sejarah bagi S'pura

(Gambar: Facebook/Persatuan Renang Singapura)

Diterbitkan : 20 Jun 2021 05:25PM Dikemas Kini : 20 Jun 2021 05:27PM

SINGAPURA: Chantal Liew mencipta sejarah apabila menjadi rakyat Singapura yang pertama melayakkan diri ke Sukan Olimpik bagi acara renang maraton di laut terbuka.

Chantal akan ke Tokyo bulan depan selepas mencatat masa 2 jam 12 minit dan 20 saat dalam acara itu di peringkat kelayakan di Portugal.

Beliau muncul sebagai perenang terbaik Asia di belakang dua perenang Jepun.

Sebagai tuan rumah, Jepun secara automatik mendapat satu tempat bagi acara itu.

Ini bermakna Chantal berjaya mengisi satu-satunya tempat yang diperuntukkan bagi peserta Asia. 

Sumber : CNA/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita