Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Perbicaraan kes rasuah Blatter, Platini ditangguh sehari

Anggaran Waktu Membaca:
Perbicaraan kes rasuah Blatter, Platini ditangguh sehari

(Gambar: FABRICE COFFRINI / AFP)

SWITZERLAND: Perbicaraan bekas Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter dan bekas Presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Michel Platini, ditangguhkan sehari selepas Blatter berkata dia terlalu uzur untuk memberikan keterangan.

Blatter dan Platini dijadual untuk memulakan perbicaraan mereka di Mahkamah Jenayah Persekutuan Bellinzona malam tadi (8 Jun) atas dakwaan menipu.

Hakim, bagaimanapun, membenarkan penangguhan selama sehari selepas Blatter melaporkan dia mengalami sakit dada.

Pada 2015, kedua-duanya dilarang mengikuti aktiviti bola sepak atas tuduhan rasuah sebelum didakwa di Switzerland pada November tahun lalu.

Mereka berdua dipercayai menerima sogokan sebanyak £1.6 juta pada 2011 termasuk membabitkan pemilihan tuan rumah Piala Dunia.

Blatter dan Platini bagaimanapun menafikan sebarang salah tuduhan yang dilemparkan terhadap mereka berdua.
Sumber : Sumber Web/AW/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan