PERANG TIMUR TENGAH: Piala Asia ditangguh hingga Dis 2027 susuli serangan di Arab Saudi
Logo Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di lokasi Kongres Luar Biasa AFC di Tokyo, Jepun, pada 23 Oktober 2026. (Gambar fail: REUTERS/Kim Kyung-Hoon)
- The AFC announced that the Asian Cup in Saudi Arabia, which was scheduled to begin in early 2027, has been postponed to December next year following several attacks in the country.
- The organising committee cited exceptional regional circumstances, including difficulties with preparations and transport arrangements, as well as travel disruptions, as reasons for the schedule change.
- Attacks on Riyadh’s international airport the previous month killed at least 12 people and injured more than 300; Yemen’s Houthis claimed responsibility.
- Singapore qualified for the first time after beating Hong Kong 2-1 in November 2025, and were drawn in Group D with Australia, Tajikistan and Iraq.
- AFC mengumumkan Piala Asia di Arab Saudi, yang dijadual bermula awal 2027, ditangguhkan ke Disember tahun depan selepas beberapa serangan di negara itu.
- Jawatankuasa penganjur menyebut keadaan luar biasa serantau, termasuk kesukaran membuat persiapan dan mengurus pengangkutan serta gangguan perjalanan, sebagai sebab perubahan jadual.
- Serangan bulan sebelumnya ke lapangan terbang antarabangsa Riyadh mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang dan mencederakan lebih 300; Houthi dari Yaman mengaku bertanggungjawab.
- Singapura layak buat kali pertama selepas menewaskan Hong Kong 2-1 pada November 2025, dan diundi dalam Kumpulan D bersama Australia, Tajikistan serta Iraq.
ARAB SAUDI: Kejohanan Piala Asia yang pada asalnya dijadual berlangsung di Arab Saudi pada awal 2027 ditangguhkan ke Disember tahun depan menyusuli beberapa serangan yang berlaku di negara itu, menurut Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada Selasa (3 Nov).
Serangan ke atas lapangan terbang antarabangsa Riyadh bulan lalu meragut sekurang-kurangnya 12 nyawa dan mencederakan lebih 300 orang.
Kumpulan Houthi dari Yaman yang disokong Iran mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu, yang merupakan serangan paling banyak meragut nyawa di Arab Saudi dalam tempoh lebih sedekad.
Jawatankuasa penganjur kejohanan tersebut menyatakan bahawa penangguhan tersebut dibuat setelah "mengambil kira keadaan luar biasa yang sedang berlaku di rantau itu, termasuk cabaran besar dari segi persiapan dan pengangkutan serta gangguan perjalanan".
Singapura layak ke kejohanan kali ini menerusi pusingan kelayakan buat pertama kali dalam sejarah kejohanan tersebut.
Pasukan Singa mengesahkan tempat mereka pada November 2025 selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Hong Kong 2-1, sekali gus muncul juara kumpulan di peringkat kelayakan.
Singapura diundi dalam Kumpulan D bersama Australia, Tajikistan dan Iraq.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.