Perang Amerika, Israel dan Iran: New Zealand teruskan persiapan lawan Iran di Piala Dunia FIFA 2026
Anggaran Waktu Membaca:
WELLINGTON: New Zealand meneruskan persiapan untuk perlawanan pembukaan Piala Dunia FIFA 2026 menentang Iran tetapi ia juga bersedia untuk membuat penyesuaian jika negara Timur Tengah itu memutuskan untuk tidak bertanding dalam kejohanan tersebut, kata jurulatih Darren Bazeley.
Perlawanan pertama Iran adalah menentang New Zealand pada 15 Jun di Los Angeles. Iran juga disenaraikan dalam kumpulan yang sama dengan Belgium dan Mesir dalam kejohanan itu, yang dihoskan bersama oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.
Menteri Sukan Iran berkata minggu lalu bahawa adalah mustahil untuk pasukan itu bertanding selepas Amerika Syarikat melancarkan serangan udara bersama Israel menentang Tehran dan membunuh pemimpin tertinggi mereka, Ayatollah Ali Khamenei.
Presiden Donald Trump berkata Iran dialu-alukan untuk bertanding tetapi beliau percaya adalah tidak wajar mereka berada di sana "demi nyawa dan keselamatan mereka sendiri".
Jurulatih Pasukan Bola Sepak New Zealand, Andrew Pragnell, memberitahu media tempatan bahawa mereka memandang serius terhadap keselamatan di sekitar perlawanan mereka tetapi tidak mendapat sebarang kemas kini daripada FIFA tentang ancaman yang semakin meningkat.
Encik Pragnell berkata beliau tidak fikir perlawanan Piala Dunia FIFA 20206 melibatkan Iran akan dipindahkan dari Amerika Syarikat.
"Saya ragu FIFA akan menukar lokasi perlawanan. Ia mungkin bukan sesuatu yang mereka ingin lakukan," katanya.
Badan pentadbir bola sepak global FIA sebelum ini mengulas mengenai kemungkinan memindahkan perlawanan Iran keluar dari Amerika Syarikat. Iran dijadualkan bermain dua perlawanan di Los Angeles dan satu di Seattle.

Sumber : Reuters
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.