Skip to main content

Sukan

Perancis sempurnakan penalti hasil keputusan rakaman video bantuan pengadil

Perancis menyempurnkan penalti yang dianugerahkan hasil keputusan rakaman video VAR dalam Piala Dunia 2018 malam semalam (16 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Perancis sempurnakan penalti hasil keputusan rakaman video bantuan pengadil

Anggota pasukan Perancis Antoine Griezmann (kiri) dan Paul Pogba (#6) meraikan kemenangan mereka. (Gambar: Luis Acosta/AFP)

Diterbitkan : 17 Jun 2018 07:28PM Dikemas Kini : 17 Jun 2018 07:33PM

KAZAN: Perancis menyempurnkan penalti yang dianugerahkan hasil keputusan rakaman video VAR dalam Piala Dunia 2018 malam semalam (16 Jun).

Gol pembukaan itu dihasilkan dalam perlawanan menentang Australia.

Australia bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan hasil tendangan penalti Mile Jedinak dalam aksi kumpulan C itu.

Namun, rembatan Paul Pogba pada minit ke-81 memastikan Perancis menang 2-1.

DENMARK TUMPASKAN PERU 1-0

Dalam aksi kumpulan yang sama, Denmark berjaya mengatasi Peru dengan kemenangan tipis 1-0.

Gol tunggal perlawanan dihasilkan Yussuf Poulsen pada minit ke-59.

Penjaga gawang Denmark Kasper Schmeichel mematahkan banyak percubaan Peru untuk menembusi pintu gawang lawan. 

Sumber : AFP/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita