Skip to main content

Sukan

Perancis julang Piala Dunia buat kali kedua

Kemenangan Perancis melenyapkan impian Croatia menjuarai Piala Dunia buat julung-julung kalinya

Anggaran Waktu Membaca:
Perancis julang Piala Dunia buat kali kedua

Perancis menjulang Piala Dunia 2018. (Gambar: GABRIEL BOUYS/AFP)

Diterbitkan : 16 Jul 2018 08:29AM Dikemas Kini : 16 Jul 2018 08:31AM

MOSCOW: Perancis muncul juara Piala Dunia bagi kali kedua menyusuli kemenangan 4-2 dalam peringkat akhir yang penuh aksi sekaligus melenyapkan impian Croatia untuk menjulang piala buat julung-julung kalinya.

Selepas pemain Croatia, Mario Mandzukic menanduk bola ke gawang sendiri dalam perlawanan akhir (15 Jul) itu, bintang-bintang bola sepak Perancis menunjukkan prestasi cemerlang. Antoine Griezman menjaringkan gol menerusi penalti yang diberikan hasil video bantuan pengadil VAR. Paul Pogba dan Kylian Mbappe juga menepati sasaran.

Dalam perlawanan semalam, buat pertama kali di peringkat akhir, jaringan sendiri dihasilkan dan tendangan penalti diberikan hasil bantuan VAR.

Keputusan tersebut menobatkan Perancis sebagai juara Piala Dunia bagi kali kedua sejak kemenangan negara itu di padang sendiri pada 1998.

Kemenangan berkenaan juga bermakna tiada berulangnya senario kekalahan pada Piala Dunia 2006 serta Kejuaraan Eropah dua tahun lalu apabila Perancis ditumpaskan Portugal.

Selain itu, kemenangan tersebut juga bermakna kapten pasukan pada tahun 1998, Didier Deschamps menjadi individu ketiga untuk menjulang Piala Dunia sebagai pemain dan jurulatih mengikuti jejak Mario Zagallo dari Brazil dan Franz Beckenbauer dari Jerman.

Sumber : Reuters/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita