Perancis dikutuk gara-gara larang atlit wanita berhijab sertai Sukan Olimpik Paris
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: AFP
PARIS: Kumpulan hak asasi manusia menuduh Perancis sebagai 'hipokrit dan bersikap diskriminasi' kerana enggan membenarkan atlitnya memakai hijab semasa penyertaan mereka dalam Sukan Olimpik Paris hujung bulan ini.
Amnesty International, bersama sepuluh pertubuhan lain, menyatakan larangan itu menghalang atlit 'daripada menggunakan hak asasi mereka untuk bersukan tanpa sebarang bentuk diskriminasi'.
Amnesty sebelum ini memohon kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), bersama sepuluh kumpulan lain, meminta badan induk itu campur tangan untuk membatalkan larangan berkenaan.
IOC kemudian memberikan maklum balas bahawa membatalkan dasar itu adalah di luar bidang kuasa mereka, menjelaskan bahawa 'kebebasan beragama ditafsirkan dengan pelbagai cara oleh negara yang berbeza'.
IOC, yang menyelia Sukan Olimpik, sebelum ini menyatakan bahawa atlit boleh memakai hijab di Perkampungan Sukan Olimpik.
"Untuk Perkampungan Sukan Olimpik, peraturan IOC terpakai. Tiada sekatan untuk memakai hijab atau pakaian agama atau budaya lain," kata badan induk itu.
Menteri Sukan Perancis, Amelie Oudea-Castera, berkata atas prinsip sekularisme bermakna ia tidak akan dibenarkan.
"Apa maksudnya? Ini bermakna larangan ke atas sebarang jenis dakwah," katanya kepada TV Perancis.
"Ia keputusan tidak berpihak yang mutlak dalam perkhidmatan awam dan pasukan Perancis tidak akan memakai hijab."
Terdapat jenis hijab khas yang dipakai oleh atlit semasa pertandingan sukan.
Perancis mendapat kritikan hebat, baik di dalam Perancis mahupun daripada kumpulan hak asasi antarabangsa.
"Mengharamkan atlit Perancis daripada bertanding dengan hijab sukan dalam Sukan Olimpik dan Paralimpik menjadikan dakwaan bahawa Paris 2024 adalah Sukan Olimpik dengan kesamarataan jantina yang pertama sebagai satu ejekan dan mendedahkan akses diskriminasi jantina dan perkauman kepada sukan di Perancis," kata Anna Blus, seorang Penyelidik Hak Wanita Antarabangsa di Eropah.
Perancis adalah satu-satunya negara di Eropah yang menghalang wanita memakai hijab daripada menyertai kebanyakan pertandingan sukan domestik.
Kumpulan hak asasi mengatakan bahawa dasar itu melanggar bukan sahaja garis panduan IOC sendiri, tetapi juga kewajipan dalam perjanjian antarabangsa yang perlu dipatuhi oleh Perancis.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.