Skip to main content

Sukan

Penyokong SG beratur panjang di Stadium Jalan Besar beli tiket separuh akhir

Tiket perlawanan peringkat separuh akhir Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024 mula dijual pada pukul 12.00 tengah hari tadi (22 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Penyokong SG beratur panjang di Stadium Jalan Besar beli tiket separuh akhir

(Gambar: Instagram/FAS)

Diterbitkan : 22 Dec 2024 05:16PM Dikemas Kini : 22 Dec 2024 05:21PM
SINGAPURA: Tiket perlawanan peringkat separuh akhir Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024 mula dijual pada pukul 12.00 tengah hari tadi (22 Dis).

Menurut Instagram Story di akaun Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), para penyokong pasukan Singa kelihatan beratur panjang untuk membeli tiket perlawanan.

Malah ada yang membawa kerusi lipat sendiri supaya lebih selesa semasa menunggu giliran.

Lebih manis lagi, 10 penyokong pertama diberi kejutan kerana mendapat tiket perlawanan percuma oleh kapten pasukan Singa Hariss Harun.

Menurut tinjauan Mediacorp, sesetengah penyokong sanggup beratur lebih 16 jam sebelum tiket perlawanan mula dijual hari ini.

Setiap individu dibenarkan membeli sebanyak empat tiket.

Tiket bagi Kategori 1 yang menawarkan pemandangan terbaik dijual pada harga S$49.

Tiket bagi Kategori 2 pula dijual pada harga S$35 manakala tiket bagi Kategori 3 dijual pada harga S$24.

Singapura akan menentang pasukan Vietnam dalam aksi pertama perlawanan separuh akhir di Stadium Jalan Besar pada pukul 9.00 malam pada Khamis ini (26 Dis).
Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita