Penyokong pasukan bola sepak SG banjiri Stadium Negara, beri semangat lawan pasukan Thai
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih 20,000 penyokong Thailand dan Singapura 'turun padang' untuk menonton perlawanan kelayakan Piala Dunia antara kedua-dua negara di Stadium Negara pada Selasa (21 Nov).
Sejak 6.00 petang lagi, para penyokong kedua-dua pasukan sudah mula membanjiri pekarangan Stadium Negara.
Ada yang turun padang lengkap berpakaian merah dan biru.
Lebih 90 peratus daripada mereka yang hadir merupakan penyokong pasukan Singapura.

Antara mereka yang ditemui sebelum perlawanan tadi meluahkan harapan agar pasukan Singa dapat bangkit daripada kekalahan 5-0 dalam perlawanan menentang Korea Selatan pada Khamis (16 Nov).
Aqil Nuqman, 14 tahun berkata: "Saya harap pasukan Singapura akan menang. Mungkin akan ada saingan sengit sebab pasukan Thailand selalu menang perlawanan menentang Singapura."
Encik Muhammad Samsul Manoor pula berkata: "Agak sukar untuk pasukan Singa kali ini sebab ada beberapa kecederaan dalam skuad. Jadi pasukan kita pun tidak begitu kuat."

Pasukan Singa kehilangan beberapa pemain disebabkan kecederaan termasuk pemain pertahanan Irfan Fandi dan Shah Shahiran.
Namun, skuad Singa tetap memberi saingan sengit dengan kembalinya beberapa pemain utama dalam kesebelasan pertama, termasuk penyerang Ilhan Fandi.
"Kumpulan kita sangat mencabar tapi malam ini kerana ada para penyokong yang bersorak untuk mereka, harap-harap mereka boleh menang. Mereka akan menang," tambah Encik Samsul.
Setakat ini, Korea Selatan mendahului carta dalam Kumpulan C dengan China di tempat kedua.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.