Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Penyokong Newcastle cedera ditikam jelang aksi Liga Juara-Juara Eropah di Itali

Anggaran Waktu Membaca:
Penyokong Newcastle cedera ditikam jelang aksi Liga Juara-Juara Eropah di Itali

Penyokong Newcastle United. (Gambar: Justin Tallis/AFP)

LONDON: Kelab bola sepak England, Newcastle menyuarakan kebimbangan terhadap laporan yang menyatakan bahawa seorang penyokongnya ditikam di Milan pada Isnin malam (18 Sep), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Seorang lelaki berusia 58 tahun dipercayai diserang oleh sekumpulan lelaki di pusat bandar sebelum perlawanan Liga Juara-Juara Eropah antara Magpies dengan AC Milan pada Selasa.

Gambar yang dimuat naik online menunjukkan seorang lelaki dengan tubuh berlumuran darah terbaring di tanah.

Seorang jurucakap Newcastle berkata: "Kami amat bimbang dengan laporan bahawa seorang penyokong telah diserang secara serius di Milan pada Isnin malam dan kami sedang berhubung dengan pihak berkuasa tempatan untuk memahami keadaan.

"Ingatan kami bersama penyokong dan keluarganya, dan kami berharap agar penyokong itu pulih sepenuhnya dengan cepat."

Milano Today melaporkan lelaki itu telah ditikam dua kali di bahagian lengan dan sekali di belakang selain telah dibawa ke hospital, di mana keadaannya semakin baik.
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan