Penyokong keluh 'tiket mahal'; FAS berusaha turunkan harga tiket bagi perlawanan bola sepak SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) sedang mengambil tindakan selepas sesetengah penyokong berkata harga tiket untuk perlawanan persahabatan antarabangsa baru-baru ini adalah "terlalu tinggi".
Menjawab pertanyaan Mediacorp, seorang jurucakap FAS berkata pihaknya sedang berusaha untuk menurunkan harga tiket bagi perlawanan Piala Mitsubishi Electric yang akan datang, dan akan membuat pengumuman tidak lama lagi.
Edisi seterusnya kejohanan itu – yang juga dikenali sebagai Kejohanan ASEAN dan sebelum ini dikenali sebagai Kejohanan AFF – akan berlangsung dari 8 Disember hingga 5 Januari.
Pasukan Singa Tsutomu Ogura akan memulakan kempen di Stadium Negara menentang Kemboja pada 11 Disember dan juga akan bermain dalam perlawanan peringkat kumpulan menentang Thailand di padang lawan pada 17 Disember.
"Kami mempunyai tanggungjawab untuk mengimbangi harga tiket dengan kos yang kami tanggung bagi setiap perlawanan.
"Ini supaya kami kekal berhemat dari segi perbelanjaan dan kukuh dari segi kewangan," kata jurucakap itu kepada Mediacorp.
"Namun sokongan penyokong kami adalah sangat penting dan tidak ternilai, dan kehadiran mereka di Stadium Negara, menyokong pasukan Singa kita semasa waktu susah dan senang, bersorak dengan sepenuh hati, adalah segala-galanya bagi kami.
"Kami telah mendengar kata-kata penyokong kami, yang berkata bahawa harga tiket baru-baru ini, untuk perlawanan persahabatan, terlalu tinggi. Oleh itu, kami akan mencari cara untuk menghuraikannya."
Mediacorp juga menghubungi Kallang Alive Sport Management (KASM) untuk mengulas, namun sebaliknya diarahkan kepada FAS.
KASM ditubuhkan oleh Sport Singapore dan bertanggungjawab untuk menguruskan Hub Sukan Singapura, di mana Stadium Negara ditempatkan.
APA KATA PENYOKONG
Harga tiket untuk perlawanan persahabatan antarabangsa pada 14 dan 18 November di Stadium Negara adalah antara S$12 hingga S$40 untuk tempat duduk dalam tiga kategori, sebelum yuran tiket. Tiket hospitaliti berharga S$150 sebelum yuran tiket.
Tempat duduk Kategori 3 terletak di zon barat stadium, yang berada di belakang tiang gol. Tiket Kategori 1 pula adalah untuk tempat duduk di sepanjang salah satu garisan tepi padang.
Julat harga ini hampir sama dengan harga tiket untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia Singapura menentang Korea Selatan awal tahun ini, yang juga diadakan di stadium tersebut. Harga tiket untuk perlawanan itu, yang dihadiri oleh 49,097 orang, adalah antara S$10 hingga S$40 bagi lima kategori, sebelum yuran tiket.
Kali terakhir pasukan Singa bermain dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di lokasi itu adalah pada Jun tahun lalu menentang Papua New Guinea dan Kepulauan Solomon.
Ketika itu, harga tiket adalah antara S$9 untuk peminat berumur 16 tahun ke bawah hingga S$18 untuk orang dewasa.
Bercakap kepada Mediacorp, beberapa peminat berkata mereka memutuskan untuk tidak menonton perlawanan itu, memandnagkan harga yang perlu dibayar.
Seorang penyokong Singapura yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Nizam berkata harga tiket adalah "sangat mahal", memandangkan perlawanan itu hanyalah perlawanan persahabatan.
"Kami semua banyak mengeluh tentang pasukan, tetapi jika melibatkan sokongan, saya rasa saya akan pergi (jika harga lebih murah)," kata Encik Nizam, yang turut hadir pada perlawanan di rumah menentang Korea Selatan awal tahun ini.
Penyokong bola sepak tempatan, Encik Hilmi Samsol, membayar S$88 untuk dua tiket bagi perlawanan persahabatan dengan Myanmar pada 14 November, namun memberitahu Mediacorp beliau memilih untuk tidak menonton perlawanan seterusnya menentang Chinese Taipei disebabkan kosnya.
"Saya rasa ia tidak boleh diterima. Ia cuma perlawanan persahabatan," kata Encik Hilmi, yang telah mengikuti perlawanan kelayakan Piala Dunia Singapura sebelum ini.
"Saya di sini untuk menyokong negara saya, jadi saya tutup sebelah mata, tetapi saya rasa mereka sepatutnya menurunkan harga untuk perlawanan-perlawanan akan datang."
Encik Hilmi, yang datang ke perlawanan itu bersama adik lelakinya, berkata harga tiket di bawah S$30 adalah wajar untuk perlawanan persahabatan, dan harga tiket diskaun untuk peminat muda seperti adiknya adalah lebih ideal.
"Jika mereka tetapkan harga begini, saya rasa ramai orang tidak mahu datang," tambahnya.
Perlawanan pasukan Singa menentang Myanmar dihadiri oleh 6,061 orang, manakala perlawanan menentang Chinese Taipei menarik 6,764 penonton. Singapura menang 3-2 ke atas Myanmar tetapi kalah 2-3 di tangan Chinese Taipei.
Seorang lagi penyokong yang menonton kedua-dua perlawanan itu ialah Ian Chan, 15 tahun, yang mendapat tiket daripada seorang rakan bapanya.
Dia mungkin akan mempertimbangkan untuk membeli tiket pada kategori paling murah jika tidak mendapat tiket secara percuma, tetapi menambah bahawa mengenakan bayaran S$44 untuk perlawanan persahabatan menentang pasukan yang berada di ranking ke-165 dunia adalah "tidak masuk akal".
Dalam satu catatan yang mendapat lebih 2,000 tanda suka di TikTok, pengguna Justaway Garnett mempersoalkan bagaimana tiket boleh ditetapkan pada harga yang sama untuk perlawanan persahabatan dan perlawanan dengan Korea Selatan.
"Akan sentiasa ada penyokong bola sepak yang fanatik yang akan hadir mengikuti perlawanan ini apa pun harga yang ditetapkan," katanya.
"Isu sebenar dengan bola sepak Singapura adalah pihak pengurusan yang tidak melakukan apa yang sepatutnya untuk menarik orang seperti kami menonton bola sepak Singapura dan harga S$44 jelas tidak akan mencukupi."
Tambahnya, tiket berharga S$44 dan S$154 adalah "tidak masuk akal" untuk perlawanan persahabatan dan harga itu adalah satu "rasa tidak hormat" kepada "setiap penyokong bola sepak di Singapura".
Namun, beberapa penyokong seperti Encik Ang Shao Heng, yang membayar S$44 untuk mendapatkan tiket, berkata bahawa harga itu adalah wajar.
"Ia adalah perlawanan di Stadium Negara, ia sepatutnya menjadi harga biasa," kata lelaki berusia 25 tahun itu. "Ia masuk akal untuk membayar lebih (untuk menghadiri perlawanan) di Hab Sukan kerana kemudahannya yang lebih baik."
Namun, Encik Ang menambah bahawa untuk perlawanan Piala Mitsubishi Electric yang mungkin diadakan di lokasi lain sekiranya pasukan Singa berjaya melepasi peringkat kumpulan, beliau berharap FAS akan menurunkan harga.
Seorang lagi penyokong Singa, Encik Mohammad Khair, berkata harga tiket Kategori 3 adalah "sangat berpatutan", tetapi harga tiket Kategori 1 agak "tinggi".
"Bagi saya, (pemandangan) okay sahaja... Tapi untuk peminat biasa, mereka mungkin tidak suka tempat duduk di belakang... gol," kata Encik Khair yang membeli empat tiket Kategori 3.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.