Penyokong di S'pura bersengkang mata saksikan Liverpool dinobat juara EPL
Para peminat pasukan bole sepak Liverpool termasuk di Singapura meraikan kemenangan pasukan itu menjulang piala Liga Perdana England musim ini.

(Gambar: AP Photo/Jon Super)
SINGAPURA: Para peminat pasukan bole sepak Liverpool termasuk di Singapura meraikan kemenangan pasukan itu menjulang piala Liga Perdana England musim ini.
Para peminat di Singapura sanggup bersengkang mata untuk menyaksikan pasukan mereka dinobatkan sebagai juara Liga Perdana England buat kali ke-19.
Liverpool sekali gus mencatat rekod merangkul kejuaraaan paling cepat dengan baki tujuh perlawanan dalam musim EPL ini.
Liverpool digelar juara selepas Manchester City kalah kepada pasukan Chelsea, 1-2 dalam perlawanan pada awal pagi Jumaat (26 Jun).
Ini bermakna Liverpool meninggalkan City di belakang dengan 23 mata.
Ironiknya, Liverpool akan bertemu Manchester City untuk perlawanan seterusnya dalam masa seminggu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.